Monday, July 22, 2013

DEHEARTY


Assalamualaikum..


Hati ini bukan untuk siapa-siapa, hanya untuk seperti yang tertera di atas. 
erm yg tengah tu? owh yg tengah tu untuk ...mak, abah,adik beradik,sedare mare & sahabat2.. ^peace^..
Orang tersayang? erm, merekalah orang tersayang tu. aduh!

eh, jap..jap..

Kalau mana-mana bahagian "hati" anda terdapat calar-calar, luka dan sebagainya, nah!
 amalkan petua nie


SELAMAT MENCUBA ! =)

Tuesday, May 28, 2013

Latihan Industri

Assalamualaikum. Salam 
Imtihan buat semua.

Setelah sekian lama blog ini bersawang terasa ingin menaip sebutir dua buat tatapan pembaca semua (eh, ada orang nak baca ke? :p) biarlah, nak menaip jugak. Almaklum lepas habis "study" (kononnya), selongkar belog sebentar, mak aii "bersawang" sudah. Nak berkongsi sedikit coretan bila mana Allah mengkehendaki sesuatu, maka setiap apa pun tidak dapat menghalang . Macam nie ceritanya. Pada suatu hari, kami diarahkan untuk memohon tempat untuk memulakan latihan industri (dah tiga tahun di UTM rupanya ).

Alkisah, kepala pun serabut memikirkan di mana tempat yang paling sesuai. Fikir punya fikir, timbang punya timbang, maka hati ini memilih untuk praktikal berdekatan dengan rumah sahaja. Maka yang nampak adalah tempat Pejabat Tanah Dan Daerah Larut Matang Dan Selama, Taiping. Tapi tapi kan, dalam hati juga berkata-kata "teringinnya nak praktikal dekat syarikat  "private" (eleh, nak elaun la tue).hehe. Dan tempat praktikal yang terbayang-bayang dalam fikiran adalah Sime Darby. Jadi aku pun godek-godek laman sesawang "mereka" dan ada jugak bertannya kepada senior-senior berkenaan tempat tersebut, maka bahagian yang paling sesuai adalah di Sime Darby Plantation Sdn. Bhd, Ara Damansara.

Menurut Cik Puan merangkap staf di fakulti yang bertanggungjawab menguruskan hal latihan industri kami, permohonan hendaklah dihantar mengikut giliran, maknanya satu demi satu permohonan perlu dihantar.Kalau permohonan pertama tidak lulus, maka kami perlu  menghantar permohonan  yang kedua dan seterusnya. Jadi berbincanglah dengan  mak abah, adik beradik, sedara mara, sepupu sepapat semua, maka aku bersetuju untuk memohon PTG Taiping sebagai permohonan yang pertama. Dek kerana lebih dekat dengan rumah dan aku akan punya banyak masa untuk berpuasa bersama keluarga tercinta ( ceewah!) kerana masa aku praktikal tersebut IsyaAllah jatuh pada bulan puasa. Alhamdulillah. Nak dijadikan kisah, lambat pulak orang PTD sane "reply", jadi aku minta kepada fakulti untuk meneruskan permohonan kedua iaitu di Sime Darby Plantation tapi perlu menuggu maklum balas atau surat perakuan dari PTD dahulu. Hati ini berkobar-kobar ingin ke sana tapi tapi kan (ish,! tapi lagi) agak berasa takut sebab dengaq-dengaq cerita la kan "demand" kat sane agak tinggi untuk ambil pelajar praktikal. Hurm, x apalah, usaha dulu.Ada rezeki, adalah nanti.

Tunggu punya tunggu, maka aku pun terima surat tawaran dari PTG Taiping dan pada masa yang sama, aku ingatkan fakulti belum hantar lagi permohonan kedua, mestilah belum hamtar kan sebab nak tunggu "respon" permohonan pertama dulu. Sejak hari itu, hati ini pun tenang dan aku redha dengan tempat tersebut.(ok, melepas nak praktikal dekat Syaikat swasta).

Nak dipendekkan cerita, ada sorang "classmate" aku baru memohon praktikal di sana dan alhadulillah, dia diterima :)).Beberapa hari selepas kejadian, dia tanyakan permohonan aku di Sime Darby, aku pun jawablah dengan senyum ala-ala manis, "nabila dah dapat dekat PTD Taiping". Dan selepas itu dia pun cakap yang orang dekat sana bagi tahu ada seorang lagi "student UTM yang memohon. Ha? terkejut  "plus" hairan, aku bermonolog dalam hati "eh, bila masa pulak fakulti hantar permohonan aku ke sana? bukan kene tunggu maklum balas  dari PTD dulu ke?" x apalah, untuk "conformkan perkara tu, aku pun menelefon Syarikat tersebut. HR a.k.a Pegawai Sumber Manusia yang berkenaan pun cakap "x ada pun nama encik di sini", erm ..ok, melepas lagi hajat nak praktikal sana. Selang beberapa hari merangkap minggu jugak la, aku dapat panggilan dari seorang wanita yang memberitahu permohonan aku untuk praktikal di Sime Darby Plantation di terima. aku pun  bermonolog lagi "bile mase pulak fakulti hatar permohonan ke sana? ada kot tapi Puan kt pejabat tu x bagi tahu (ayat tnak menjawab persoalan dengan tenang). ;) " wah! terasa macam magic pulak, SUBHANALLAH! seronoknya, aku pun menelefon semua orang yang penting untuk tanya pendapat diorang, of cos la telefon mak dulu, sedare sampai ke opah pun kol.hehe.

Berbincang punya bincang, mak pun cakap "kalau ada kawan, x apalah nak praktikal dekat sana pun, cume jaga diri baik-baik", tetibe rasa macam Hebatnya Percaturan Allah! Terima kASIH YA Allah. Esok la kot ke fakulti untuk membuat pembatalan tempat praktikal pertama.Doakan saya ya! ^^,.Harap-harap dapat mengambil pengalaman di sana.

Kita merancang, Allah juga merang tetapi perancangan Dia lebih baik dan osem! SUBHANALLAH =). Yakinlah dengan apa yang ditentukan, mungkin tersirat beribu juta hikmah atas segala perancangannya. Moga segalanya dipermudahkan. Rabbi Yassir Wala Tuassir.


وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ


Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
( surah Ali- Imran ayat 54: )




Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

Siapa Saya

Assalamualaikum. Sambil godek-godek FB tadi, terbaca satu post seorang sahabat.
Tersentuh dengan dengan kata-kata nie :

Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya,

Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya,

Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya,

Jika wanita kaya yang yang dicari, ia bukan saya,

Jika wanita warak yang dicari, ia bukan saya,

Tapi,

Jika wanita yang ingin dibimbing..
ia adalah saya..
Bimbing dan berilah ilmu agama pada saya :')

Siapalah saya berbanding mereka. Masih mencari dan terus mencari, belajar dan terus belajar.
Sahabat, peganglah tanganku seeratnya agar aku tidak mudah tersungkur dikala ujian datang melanda.
Bimbinglah daku selagi mana diri ini masih bernafas.

~Impikan bersahabat dengan kalian semula di syurga nanti~

~Hamba Ilahi~

Sunday, January 20, 2013


Jalan-jalan

Jam menunjukkan pukul 3 pagi tiba di pintu pagar UTM. Maka, bermulalah dialog bersama Pak Cik Guard yang dikasihi
...................................................................................
Kami : Assalamualaikum Pak Cik ^___^ (senyum amik hati)
Guard : Dik,dari mana ni? Jam 3 pagi baru balik
Kami : Owh, maap Pak Cik, kami dari Pasir Gudang, ada kuliah Ustaz Azhar Idrus tadi. Balik lewat sikit
Guard : ooo, yeke, kalau pergi dengar kuliah tak pe, ok boleh jalan..
Kami : Terima Kasih Pak Cik, Alhamdulillah ^____________^  ( up sikit senyum lebar )
# Cuba teka siapa Kami dalam dialog nie? :D

Friday, January 18, 2013

~Puteraku demam~

Andai mereka tahu, pasti akan bertanya..
Sukar sebenarnya, sangat sukar..
Ya Allah bantulah HambaMU ini.
~Pemilik jiwa dan ketenangan~



p/s: Tajuk di atas tiada kena mengena dengan post. Harap maklum.