Saturday, December 31, 2011



12 Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W.



1. Barli - baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. ia mrupakan penyejuk badan



2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan", ia juga baik dimakan ketika mengandung.



3. Buah Tin - ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.



4. Anggur - Rasulullah S.A.W. sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.




5. Madu - dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.




6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".



7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.



8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.



9. Minyak Zaitun - rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.




10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.




11. Cuka - makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)



12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru".



***Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam surat Al Mukminun ayat 52: “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang shaleh.” Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim)

Sunday, December 25, 2011

TIDAK DISANGKA-SANGKA






Assalamualaikum...alhamdulillah masih lagi diberi nikmat iman dan kesihatan yang baik..
Ingin berkongsi satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan sepanjang berada di bumi UTM.
Beberapa minggu yang lepas, dengan x disangka-sangka saya mengalami satu kemalangan semasa ingin ke satu program.Alhamdulillah sekali lagi syukur dipanjatkan kepada yang Maha Kuasa sebab masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan berjalan di atas muka buka bumi ini,Cedeara biasa sahaja.

Lepas x cdent, saya dihantar oleh seorang kakak MPM ke Pusat Kesihatan UTM.Jadi tergendala niat saya untuk ke program tersebut.Saya dihantar pulang ke kolej dan berehat sahaja di bilik.Ada sahabat2 yang bertanya keadaan saya selepas itu.Terima kasih shbt2 yang sangat perihatin tentang kesihatan saya.Pada petang itu,, saya dikejutkan oleh panggilan telefon.Rupa-rupanya kakak naqibah yang kol.Dia bertanya tentang keadaan saya dan dia ingin datang melawat saya di kolej.

Pada mulanya saya tidak bagi beliau dtg sebab cedera saya tidak lah seteruk mne.Namun pada petang itu, setelah pintu bilik di ketuk beberapa kali, saya membuka pintu dan melihat bukan kakak naqibah saya sahaja yang bertandang tetapi juga sahabat2 yang berdekatan.Rasa sangt terharu.huhu.Bukan itu sahaja,malah mereka bawa makanan sekali untuk saya.Dengan kreatifnya, mereka mendoakn sy seperti gambar di atas.(dalam ada kuih n mihun..=))

Petang itu, kami berbual-bual di bilik dan semuanya terlelap berjemaah.hihi..Lepas bangun jer semua berhajat nk mengisi perut yang lapar.Kami ke kafe berdekatan dan makan di sana.Terasa sangat Indah bila berukhwah kerana Allah.Bila sakit ada yang dtg bertandang, bila salah ada yang menegur, bila terasa lemah, ada yang memberi semangat.Ya Allah..indahnya ciptaanMu.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kelas yang sudi datang melwat dan bertanya khabar.Terima Kasih semua.Sebenarnya semua yang berlaku ada hikmah yang Allah singkapkan dan mungkin juga membawa diri ini untuk lebih mendekatiNya.Alhamdulillah, moga dapat kafarah dosa dan dapat menambah rasa syukur kepadaNya.Teringat kata-kata Saidina Ali Bin Abi Talib:

" Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"











Saturday, November 19, 2011





Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…
Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik … Mari kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.
Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.
Cuti Semester
Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.
Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.
Baki tinggal 21 hari.
Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.
Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan page gmbar2 lwk dan video gempak . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.
Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI LAHIR….!!! Mana boleh belajar! =))

~From someone~ 




Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.
Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.
Berwuduklah sebelum tidur
“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.
Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.
Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.
Jangan tidur atas pokok!!
Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.
Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.
Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan.



Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci. 
Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?
Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.


Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. 
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.


Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.


Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. 
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus. 
Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:


1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.


4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.


Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.


Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !


Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).


Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.


Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.


Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing


Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)

Thursday, November 10, 2011

Salam Aidiladha 1432 H~



~ERTI SEBUAH PENGORBANAN~

Assalamualaikum sahabat2..
Lama sudah tak menaip kt blog nie..huhu...
Maaf atas kesibukan yang melanda...
Alhamdulillah baru sampai ke tempat pengajian kembali.Bermula kembali perjuangan menuntut ilmu di sini.Raya Aidiladha tahun nie rasa macam tidak semeriah tahun-tahun yang lalu.Sangat merindui suasana Aidiladha sebenar.Riuh dengan takbir, kunjung-mengunjung, dan banyak lagi.Ape yang saya dapat perhatikan sekarang, Aidiladha sebenarnya banyak mengajar kita erti pengorbanan, ketaatan kepada Pencipta dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam itu sendiri.Namun, hari ini, masyarakat Islam banyak mengabaikan pengertian aidiladha itu sendiri.

p/s:Jadikan Aidiladha seiring dengan Aidilfitri, kedua-duanya mempunyai fadhilat yang tersendiri.

Tuesday, September 27, 2011

Asslamualaikum..

Hari ni hanya ada satu kelas.Iaitu kelas institusi-institusi Islam.
Sangat best.Dapat lecturer yang baik iaitu Ustaz Naim.
Pengajaran beliau bnyak menyentuh pasal isu semasa.
Hari ni kami berbincang tentang keruntuhan morah dan akhlak dalam kalangan 
masyarakat kini.Banyak faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini.
Antaranya ialah keruntuhan institusi kekeluargaan, sikap diri sendiri, 
pengaruh rakan sebaya dan juga sikap hidonisme yang 
menjadi kegilaan masyarakat kini.

Hal ini juga disebabkan oleh pengaruh luar yang membawa masuk budaya-budaya yang tidak sihat
sehingga memonopoli pemikiran masyarakat di negara ini.Selain itu, kita juga sering terleka oleh 
pelbagai kecanggihan ICT yang menyebabkan medium ini menjadi salah satu punca pelbagai masalah
sosial berlaku.Walaupun hakihatnya kemudahan-kemudahan ini dapat memeberi keselesaan dan kebaikan kepada kita.

Oleh itu, kita seharusnya berwaspada dengan anasir-anasir yang boleh meruntuhkan akhlak dan moral
masyarakat kita hari ini.Cadangan saya, didikan agama yang sempurna haruslah diterapkan dalam diri 
anak-anak agar kita dapat seimbangkan antara rohani dan jasmani, duniawi serta ukhrawi.
Renung-renugkan dan selamat beramal. (",)



Thursday, September 15, 2011

assmualaikum...lme xpost kt blog..

sekarang dah mule sem baru...
nak bukak buku baru..
nak mulakan azam yang...
n semangt yg baru...

keep istiqamah smile always..=)



Tuesday, May 10, 2011

SKETSA SMS


Bismillah walhamdulillah...

sahabat2 yang disayangi
di sini saya ingin berkongsi bagaiamana syaitan memanah manusia
walaupun kita seorang dai'e
Lagi hebat iman seseorang itu...
lagi hebat ujian yang akn diterima & ditempuhi

Post ini di petik dari blog : Dr Cinta...
Mungkin ad yg akn tersenyem slpas bce post nie..=)

















Daripada Anas R.A berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda.."Janganlah seorang lelaki berdu-duan (berkhalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Monday, May 9, 2011

cite lepas exam



Assalamualaikum shbt2...
Alhmdulillah..dua minggu masa berlalu
berjuangan dalam exam dunia untuk sem nie dah berakhir
exam akhirat nanti entah mcm mna agaknya

Erm bila dah habis exam terasa sunyi plak
Diriku masih disini
sedangkan rumate dan kawan-kawan yg lain dah pulang ke kg halaman
ada amanah lain yang perlu diteruskan di sini
Rindu sangt nk blik kg
Tapi xpela..blikk lmbat cket..huhu
hidup hanya ada dua pilihan
Teruskan jikalau ini pilihan yaang terbaik..
jgn cdeh2..nt boleh blikk jgak...=)

Semalam my lovely mom kol
 rindu agaknya..huhu..mak tanya bla nk blikkk...
sabar ye mak..along blikk xlma ag...
Ingat daku dalam doamu..hihihi

Kawan-kawan yg akan pulang ke rumah
hati2 yer di jalan raya
semalam baru dapat berita seorng student kt cnie excident
Takziah buat beliau dan keluarga
moga cepat sembuh dan sihat seperti sediakala

Kadang-kadang kita xtahu ujian y bagaimana mna Allah nk bg
Terimalah dengan reda segala ujiannya..
Mungkin ada hikmah disebaliknya
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupan dirinya"
(Surah Al Baqarah:286)

Moga bersua lagi di post yg kan datang..
Mengisi masa terluang di sini
Menghitung hari untuk blikk ke kg halaman..
....^senyum^....



Saturday, April 30, 2011

terfikir...

assalamualaikum..=)

Tiba-tiba hati rasa nak menulis..huhu..
Dalam diri tertanya-tanya kenapa manusia mudah sangat lali dengan 'cinta' manusia??
Tidak dinafikan setiap manusia itu mempunya hati..
dan cinta itu sebenarnya fitrah...
Ini sekadar pendapat ana sahaja...
Sebab bila tengok insan sekeliling..

Mereka ingin menjadikan pasangan yang mereka kenal itu 'suami' atau 'isteri" mereka..
tapi pada masa yang sama sempat lagi "berfoya-foya" dengan orang lain...
haish!!! ana sangat pelik...

Maksud berfoya-foya ana sebenarnya lebih merujuk kepada pergaulan dengan mereka..
Mereka sempat lagi bergaul dengan kawan-kawan tanpa batasan..
Tidak salah jika ingin berkawan..berkawan dan bersahabat pun fitrah manusia bukan???
Ana sendiri pun sunyi kalau tidak berbual atau bergurau dengan kawan-kawan..:)
Sepatutnya bergaulah dengan cara yang disarankan Islam..
Lepas tu..bila sebelah pihak lagi tahu tentang pergaulan pasangan mereka..
yang melampaui batas..hubungan mula bermasalah..

hurmm..sebenarnya semua manusia inginkan "zaujah" atau "zaujun" yang baik...
Allah mengetahui apa yang kita iniginkan..
tetapi permulaannya adalah dari diri kita sendiri..
peringatan juga untuk diri yang kerdil ini...
Actually, couple-couple ni tidak ada dalam Islam...

Mungkin disebabkan antara Allah haramkan couple adalah sebab kesan di atas...
Belum apa-apa lagi dah ada masalah...
So, kalau betul-betul dah boleh jalankan tanggungjawab go on jer..
Tak payah nak 'couple'....

ermm...maaf kalau ada kekhilafan untuk entry kali nie...
bukan ape, sekadar luahan hati dan pendapat sendiri..
tidak bermaksud untuk tujukan kepada sape-sape...
Kesian sebenarnya bila tengok kawan-kawan yang alami masalah camtu..
Tambah pulak berkaitan dengan hati...

Harap-harap hati-hati kita dilindungi olehNya...
Ya Allah dekatkanlah hati-hati kami denganMu...
Tenangkanlah hati kami di atas jalanMu...
Jauhhkanlah hati-hati kami dari perkara-perkara yang merosakkan hati kami...
Berilah cintaMu sebelum kami memiliki cinta hamba-hambaMU Ya Allah..

Amin...amin..amin..ya Rabbala'lamin...

Friday, April 22, 2011

Exam mood....


Assamualaikum...lame dh xupdate blog nie..asif sangt...
 Entry kali nie nk berkongsi sal exam yang bakal menjelma..

senrai di bawah adalah tarikh-tarikh exam yang bakal tiba:=)
  • 25/4/2011
  • 27/4/2011
  • 29/5/2011
  • 3/5/2011
  • 4/5/2011
  • 6/5/2011
  • 9/5/2011
Kawan2, cmne preparation?? 
Walaupun kita sibuk dengan belajar time stdy week nie..
Jangan lupa tanggungjawab kita kepadaNya..=)

kerana setiap apa yang kita dapat di dunia ini adalah kurniaan dariNya..
Tambahkan amalan kebaikan..
Elakkan dari menyumpat or mengata perkara2 yang tidak elok kepada pensyarah2 kita...
Sesungguhnya setiap manusia itu ada kelebihan dan kelemahan tersndiri...

Apa yang kita belajar hari ini bukan sahaja untuk exam tp..
uNtuk mendapat keredaan dalam mengharungi liku-liku
kehidupan yang kian mendatang...

K.E.B.E.R.K.A.T.A.N itu sangt penting...
Belajar pn satu ibadah kn?? :)
Jd kne ad keberkatan dlm kita beribadah...
Kepada sahabat2 yg belum exam,

teruskan usaha, doa dan tawakal..
GOOD LUCK...BITTAUFIQ WANNAJAH...
Ilalliqa'.....(^_^)

Friday, April 1, 2011




Kita selalu bertanya dan Quran sudah tersedia jawapannya. Ini kisah benar belaka,tiada dusta.Segala duka yang sering membuat kita tertanya, dalam kitab suci al-Quran itu ada jawapannya.Ssentiasa berusaha, berdoa dan berserah kepadaNya...

Kita selalu bertanya :

Kenapa aku diuji ??

Quran menjawab :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta"
=== Surah al-Ankabut 2-3 ====

Kita bertanya lagi :

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan...??

Quran menjawab :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui "
== Surah al-Baqarah ayat 216 ===

Kita bertanya lagi :

Kenapa ujian seberat ini...??

Quran menjawab :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
== Surah al-Baqarah ayat 286 ===

Kita selalu bertanya :

Kenapa kita frust...??

Quran menjawab :
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan lah kamu bersedih hati, padahal kamu lah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
== Surah al-Imran ayat 139 ==

Kita bertanya lagi :

Bagaimana harus aku hadapinya ??

Quran menjawab :
" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan sembahyang. dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
== Surah al-Baqarah ayat 45 ===

Kita bertanya :

Kepada siapa aku berharap ??

Quran menjawab :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal "
=== Surah at-Taubah ayat 129 ===

Kita tanya :

Apa yang aku dapat dari semua ujian ini ??

Quran menjawab :
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan mereka syurga dan neraka"
== Surah at-Taubah ayat 111 ===

Kita berkata :

Aku tak tahan...!!!

Quran menjawab :
"... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada Allah melainkan kaum yang Kafir "
== Surah Yusuf ayat 12 ==

kita berkata :

Sampai bila aku harus merana begini ???

Quran menjawab :
" Keran sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulita itu ada kemudahan"
== Surah al-Insyirah ayat 5-6 ====

Tuesday, March 8, 2011

coretan demi coretan...

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...
di harapakan antum chat sejahtera hendaknya....
ermmm... nk share pe yerr?

Tuesday, March 1, 2011

Bagaimana Bersuci Bagi Pesakit Yang Berbalut Anggotanya?

Seorang isteri yang solehah telah menelefon suaminya bagi menyelesaikan satu permasalahan hukum Fikah berkaitan dengan wudhuk dan mandi bagi seseorang yang berbalut anggota badannya. Ikuti perbincangan mereka berdua :

Ummu Muhammad : Assalamualaikum abang.

Abu Muhammad : Waalaikumussalam sayangku ( sambil tertawa kecil ).

Ummu Muhammad : Abang, saya ingin menyampaikan hajat seorang sahabat yang ingin mendapat penjelasan hukum daripada abang berkenaan dengan hukum berwudhuk dan mandi wajib bagi seseorang yang berbalut anggota badannya.

Abu Muhammad : Oh begitu. Sebelum itu sebaiknya sayang bertanya dulu kepada sahabat tersebut adakah bermasalah jika dia membuka balutan tersebut atau tidak? Jika bermasalah dan akan menimbulkan mudharat maka tidak perlu bagi dia membuka balutan tersebut. Namun jika tidak bermasalah, maka wajib baginya untuk membuka balutan tersebut.

Ummu Muhammad : Nanti saya akan tanyakan ye abang. Cuma kalau dia tidak dapat membuka balutan tersebut bagaimanakah caranya untuk dia berwudhuk dan mandi?

Abu Muhammad : Baik, abang akan terangkan dulu cara bagaimana untuk sahabat sayang berwudhuk. Caranya mudah sahaja. Sebelum itu abang ingin bertanya, bahagian anggota badan yang mana yang berbalut itu?

Ummu Muhammad : Bahagian kaki kanan.

Abu Muhammad : Semoga Allah taala akan menyembuhkan dengan segera kaki tersebut. Cara berwudhuk bagi sahabat tersebut adalah seperti biasa iaitu dengan memulakan niat berwudhuk kemudian membasuh muka, membasuh kedua tangan dan membasuh kepala. Bilamana sampai di kaki kanannya maka dia perlu bertayammum bagi menggantikan anggota yang berbalut tersebut. Cara bertayammum adalah seperti biasa iaitu dengan menyapu muka dan tangan sehingga ke siku dengan tanah yang suci. Setelah selesai bertayammum maka dia perlu membasuh anggota kaki yang tidak berbalut dan jangan lupa untuk menyapu air di atas tempat yang berbalut tersebut. Selesai perkara tersebut barulah dia dibenarkan untuk membasuh kaki kirinya bagi menyelesaikan wudhuk.

Ummu Muhammad : Oh begitu ya. Cuma tadi abang ada katakan bahawa setelah bertayammum maka pesakit tersebut perlu membasuh anggota yang tidak berbalut dan menyapu di atas bahagian yang berbalut tersebut. Bagaimana gambarannya ya?

Abu Muhammad : Begini contohnya jika yang patah itu adalah bahagian tumitnya. Maka jika bahagian yang berbalut itu adalah bahagian tumit sahaja , wajib bagi pesakit tersebut untuk membasuh bahagian yang tidak berbalut seperti jari kaki dan tapak kakinya yang tidak berbalut dan kemudian menyapu air di atas balutan tumit tersebut.

Ummu Muhammad : Tetapi abang, kebanyakkan hospital pada zaman sekarang akan membalut lebih daripada bahagian yang patah. Kalau bahagian yang patah tersebut adalah tumit, yang dibalutnya adalah seluruh kaki tersebut.

Abu Muhammad : Iya tak ya juga .. hehe.. Maka jika keadaan sebegini , apa yang perlu bagi si pesakit tersebut adalah dengan bertayammum seperti yang diterangkan sebelum ini dan kemudian menyapu di atas kaki yang berbalut tersebut dengan air.

Ummu Muhammad : Oh begitu. Kemudian abang, bagaimana pula caranya untuk mandi wajib?

Abu Muhammad : Caranya juga mudah. Ambil air dan tuangkan di atas kepala . hehe.. Bergurau sahaja. Pesakit tersebut boleh memilih sama ada ingin mendahulukan mandi atau bertayammum. Afdhalnya( yang terbaik ) seperti yang diterangkan oleh para ulama ialah dengan mendahulukan tayammum bagi menggantikan tempat yang berbalut tadi. Kemudian mandi seperti biasa. Jika bahagian yang berbalut tersebut .

Ummu Muhammad : Boleh abang terangkan , adakah perlu bagi pesakit tersebut untuk mengulangi semula berwudhuk jika dia ingin menunaikan solat fardhu yang lain selepas itu?

Abu Muhammad : Bagus soalan ini. Jika si pesakit telah berwudhuk untuk menunaikan solat pada waktu zohor. Bilamana masuk waktu asar wudhuknya masih lagi kekal dan tidak batal. Maka apa yang perlu baginya ialah hanya bertayammum. Ini adalah pendapat yang muktamad di sisi al-Imam al-Nawawi rahimahullah. Ini bermaksud selagi mana dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wudhuk maka setiap kali masuk waktu solat yang baru samada asar, maghrib atau isya’ , apa yang perlu dilakukan olehnya hanyalah bertayammum sahaja dan tidak perlu mengulangi wudhuknya. Tetapi jika wudhuknya telah batal, maka wajib baginya mengulangi sepertimana yang diterangkan sebelum ini.

Ummu Muhammad : Begitu caranya ye. Bagaimana pula dengan permasalahan qada’ bagi solat pesakit tersebut setelah dia sihat kelak? Adakah perlu baginya untuk menggantikan semula solatnya setelah dia sihat?

Abu Muhammad : Permasalahan ini agak terperinci. Perlu bagi sayang untuk memahaminya dengan baik.

Pertama : Perlu dilihat sama ada pembalut tersebut dibalut pada anggota tayammum atau tidak. Anggota tayammum adalah muka dan kedua tangan sampai ke siku. Jika bahagian balutan tersebut adalah pada anggota tayammum, maka wajib bagi pesakit tersebut untuk mengulangi atau menggantikan semula solatnya setelah sihat kelak.

Kedua: Jika pembalut tersebut bukan pada anggota tayammum iaitu selain daripada muka dan tapak tangan maka perlu diperhatikan sama ada yang berbalut tersebut adakah sekadar kawasan luka atau melebihi kawasan luka.

Jika kawasan yang berbalut tersebut hanya sekadar kawasan yang luka atau patah, maka wajib bagi pesakit tersebut untuk membasuh bahagian yang tidak berbalut dan bertayammum bagi menggantikan kawasan yang luka dan disunatkan bagi pesakit untuk menyapu di atas kawasan berbalut tersebut dengan tanah. Jika begini keadaannya , maka pesakit tersebut tidak perlu menggantikan atau mengulang semula solatnya setelah dia sihat kelak.

Manakala jika kawasan yang berbalut tersebut adalah melebihi kawasan yang luka atau patah, seperti keadaan yang berlaku kepada sahabat yang sayang ceritakan kepada abang, maka ada dua gambaran yang boleh kita berikan :

Pertama: Jika kawasan yang melebihi tersebut adalah sekadar untuk menguatkan pegangan balutan tersebut , dan sebelum diletakkan balutan tadi pesakit telah bersuci iaitu dengan berwudhuk, maka di dalam keadaan ini pesakit tersebut tidak perlu untuk mengulang atau menggantikan semula solatnya setelah dia sihat kelak. Tetapi jika diletakkan balutan tersebut dalam keadaan pesakit tadi tidak berwudhuk terlebih dahulu maka wajib baginya untuk mengulangi atau menggantikan semula solatnya setelah dia sihat kelak.

Kedua : Jika kawasan balutan itu melebihi kadarnya , contohnya seperti bahagian yang patah hanyalah ibu jari kaki, manakala yang dibalut dengan simen adalah sampai ke betisnya. Maka ini dikira melebihi kadar yang sepatutnya. Jika begini keadaannya, maka pesakit tersebut wajib mengulangi atau menggantikan semula solatnya selepas sihat kelak sama ada simen tersebut diletakkan setelah dia berwudhuk atau tidak.

Namun, abang lebih suka untuk mengambil pandangan al-Imam al-Nawawi rahimahullah yang mana beliau juga mengambil pandangan al-Imam al-Muzani rahimahullah yang mengatakan bahawa orang yang dibalut anggotanya tidak perlu untuk mengulangi semula solatnya walau bagaimana keadaan sekalipun pesakit tersebut.

Ummu Muhammad : MasyaAllah, mudahnya Islam kan bang?

Abu Muhammad : Ya, Islam itu mudah sekali untuk diamalkan, namun yang sukarnya adalah bagi mengeluarkan hukum yang terdapat di dalamnya. Oleh sebab itulah kita perlu berpegang dengan pandangan para ulama yang memahami bagaimana cara mengeluarkan hukum daripada nasnya.

Ummu Muhammad : A’a bang, ramai sangat zaman sekarang nie yang menyalahgunakan istilah “ Islam itu mudah” dengan mengatakan bahawa mengeluarkan hukum di dalam Islam juga mudah. Sedangkan maksud sebenar Islam itu mudah ialah mudah untuk diamalkan kerana wujudnya para ulama ummah yang bertungkus lumus memahamkan ummah hukum hakam agama. Semoga ilmu abang akan semakin bertambah dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb.

Abu Muhammad : Amin Ya Rabb. Jaga diri baik-baik sayangku. Assalamualaikum.

Ummu Muhammad : Waalaikumussalam abang.

p/s: Dialog di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati. Sekadar untuk memudahkan kefahaman kita bersama...
70 WANITA TERBILANG ZAMAN RASULULLAH S.A.W
 
NUSAIBAH BINTI KA'AB AL-ANSARIYAH R.A.

1. Berlumba-lumba Untuk Mendapat Kemuliaan


Sesungguhnya golongan para sahabat wanita tidak pernah ketinggalan dari kebaikan dan nilai-nilai kemuliaan bagi golongan para sahabat lelaki, tetapi mereka berlumba-lumba untuk mencapainya bahkan mereka menyaingi golongan sahabat lelaki dalam penyertaan berjihad.

Nusaibah binti Ka'ab bin Amr bin Auf bin Mabzul Al-Ansariyah Al-Kazrijah An-Najjariyah Al-Maziniyyah, yang sering dipanggil dengan gelaran Ummu Imarah adalah salah seorang golongan sahabat wanita yang terkenal pada zaman pemerintahan Islam, yang telah mati syahid di medan jihad, ilmu, ibadah, warak dan keimanan.

2. Keluarga Yang Mulia

Ummu Imarah atau Nusaibah r.a. hidup dan membesar dalam lingkungan keluarga yang dikenali dengan tahap kemuliaan. Keluarganya berasal dari golongan keluarga yang sangat mulia, yang sentiasa berkhidmat untuk Islam dan Muslimin sesuai dengan kemampuan mereka. Di antara keluarga ini ada seorang pejuang wanita Ansar, iaitu Ummu Imarah r.a.

Saudara kandungnya yang bernama Abdullah bin Ka'ab Al-Maziniy termasuk di antara sahabatyang ikut serta dalam perang Badar. Saudara lain yang bernama Abdurrahman dianggap salah seorang sahabat yang termasuk dalam golongan Al-Bukkain (yang sentiasa menangis).

Suaminya yang bernama Zaid bin Ashim termasuk dalam golongan awal yang memeluk Islam dan kedua-dua orang puteranya yang bernama Habib dan Abdullah adalah sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka merupakan pasukan berkuda keluaran Madrasah Al-Nubuwahi. Mereka telah menghiasi sejarah dengan segala amalan mereka yang mulia.

Ketika suaminya meninggal dunia, dia menikah lagi dengan Ghaziyyahbin Amrin bin Athiyyah An-Najjari. Daripada suami yang kedua ini dia memiliki dua orang anak yang bernama Tamim dan Khaulah. Keluarga yang penuh dengan kebahagiaan ini termasuk dalam golongan orang-orang yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan Islam. Mereka sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam dan berkorban demi agama Islam.

3. Seorang Sahabat Wanita Yang Mujahidah

Setiap orang dari pejuang muslim memiliki kedudukan yang dapat dikenali. Kedudukan ini adalah suatu kemuliaan yang dapat dibanggakan daripada sejarah kehidupannya yang akan diceritakan oleh orang lain sesudah kematiannya.

Tidak ada satu pun sejarah yang lebih mengharukan hati dan jiwa daripada sejarah dan kedudukan Ummu Imarah (Nusaibah) yang telah melalui banyak peperangan dalam hidupnya dalam menegakkan agama Allah s.w.t. Beliau adalah pejuang muslimah pertama dalam Islam.

Imam Al-Zahabi pernah berkata : "Ummu Imarah yang mulia adalah seorang mujahidah, turut serta menyaksikan Bai'at Al-Aqabah, perang Uhud, perang Al-Hudaibiyah, perang Hunain dan perang Yamamah. Masyhad (peristiwa) pertama yang dapat kita lihat sikap patriotisma ini adalah dalam Bai'at Al-Aqabah yang juga diikuti oleh seorang perempuan lain yang bernama Asma binti Amrin atau Ummu Mani'.

Ketika perang Uhud terjadi, Ummu Imarah keluar untuk memberikan minuman kepada pasukan muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang terluka. Tatkala pasukan muslimin mula terdesak dalam perang tersebut setelah menguasai sebelumnya dan lari daripada peperangan, kecuali hanya beberapa orang sahaja yang tetap bertahan, maka Ummu Imarah menghunus pedangnya dan menggunakan perisai (alat pelindung sewaktu perang) serta melindingi Rasulullah s.a.w. daripada jangkauan musuh.

Ummu Imarah selalu berusaha untuk melindungi Rasulullah s.a.w. ketika perang Uhud daripada segala bahaya yang datang daripada musuh. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Saya tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali aku melihat Ummu Imarah berperang di hadapanku." (Segala puji bagi Allah yang memenangkanmu).

Peranh Uhud masih berlanjutan, keluarga mujahidah mengelilingi Rasulullah s.a.w. untuk melindinginya. Ketika salah seorang anaknya yang bernama Abdullah terluka parah, Ummu Imarah mengikat luka tersebut sambil berkata : "Bangun wahai anakku! Anaknya terus melawan para kaum musyrikin." Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Wahai Ummu Imarah! Siapakah yang mampu lakukan seperti apa yang telah kamu lakukan?"

Ketika kaum musyrik yang melukai anaknya semakin dekat, Rasulullah s.a.w. berkata kepada Ummu Imarah : "Ini dia orang yang telah melukai anakmu", seketika itu juga Ummu Imarah menghampiri orang tersebut dan berjaya melukai betis orang tersebut dengan pedangnya. Rasulullah s.a.w. tersenyum sambil berkata : "Ya Ummu Imarah! Engkau telah berjaya membalasnya."

Kemudian Ummu Imarah bersama yang lain berjaya membunuh orang musyrik tersebut. Rasulullah .s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Segala puji bagi Allah yang telah memenangkanmu dan menggembirakan hatimu daripada musuhmu serta memperlihatkan balas dendammu di hadapanmu."

4. Para Penghuni Syurga

Ummu Imarah mengalami luka yang sangat banyak ketika perang Uhud. Luka yang paling dalam terdapat di bahunya. Rasulullah s.a.w. memeriksa luka Ummu Imarah dan memerintahkan anaknya yang bernama Abdullah supaya mengikat luka tersebut sambil bersabda yang bermaksud : "Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberkati dan merahmati kamu sekalian."

Ketika Ummu Imarah mendengar sabda tersebut, dia pun berkata : "Ya Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar kami boleh menemanimu di syurga nanti." Rasulullah s.a.w. berdoa yang bermaksud : "Ya Allah! Jadikanlah mereka semua yang menemaniku dalam syurga kelak." Lantas Ummu Imarah berkata : "Aku tidak pernah mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia."

5. Selalu Menyertai Peperangan

Ummu Imarah ikut serta dalam perang Bani Khuraizhah. Ketika perang Al-Hudaibiyah, Ummu Imarah telah mengasah pisau kerana bimbang kaum musyrikin mengingkari perjanjian. Dia turut serta dibai'atkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam Bai'at Ar-Ridhwan. Dia termasuk golongan sahabat yang mendapat keredaan Allah s.w.t.

Sesudah itu, Ummu Imarah turut dalam perang Khaibar, Umrah Al-Qadha (pengganti) dan perang Hunain. Dalam perang Hunain dia memiliki manqif (kedudukan) yang tidak kurang pentingnya daripada perang Uhud. Dia termasuk salah seorang daripada seratus orang sahabat yang sabr dan tabah, ketika yang lain mula was-was dengan kekuatan muslimin dan dia juga berjaya membunuh salah seorang daripada pasukan berkuda orang musyrikin.

Perang terakhir yamg diikuti oleh Ummu Imarah adalah perang Yamamah untuk memerangi orang-orang murtad yang diketuai oleh Musailamah Al-Kazzab pada zaman Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq. Beliau berperang dengan gigih, meskipun salah satu tangannya terputus, kerana keinginannya yang kuat untuk menghancurkan musuh-musuh Allah s.w.t. sebagai ungkapan terima kasih dengan berakhirnya fitnah tersebut.

Ketika mujahidah agung ini kembali ke bandar Madinah, salah satu anggota badan (tangan) telah mendahuluinya memberikan khabar gembira tentang syurga dan dia tetap mendapat kedudukan yang mulia selama zaman khalifah Ar-Rasyidah. Khalifah Abu Bakar sentiasa menziarahinya dan bertanya tentang keadaannya. Sementara itu, Umar memberinya pakaian yang bagus disebabkan kedudukan Ummu Imarah yang mulia dan termasuk di antara yang paling awal memeluk Islam.

Alngkah baiknya Abu Nu'aim ketika dia menerangkan tentang Ummu Imarah dengan ucapannya : :Ummu Imarah adalah salah seorang yang turut berbai'at di Aqabah, seorang mujahidah dan merupakan seorang yang memiliki kemuliaan, ijtihad, puasa, ibadah dan pendirian yang kukuh."

6. Memahami Kandungan Al-Quran dan Hadis

Ummu Imarah juga menunjukkan kelebihan dalam memahami Al-Quran sebagaimana dia menunjukkan kelebihan semasa berjihad. Suatu ketika dia datang menghadap Rasulullah s.a.w. sambil berkata : "Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat kaum wanita disebut dalam Al-Quran sebagaimana halnya kaum lelaki." Lalu turunlah firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Sesungguhnya lelaki muslim dan perempuan-perempuan muslimah, lelaki yang mukmin dan perempuan-perempuan yang mukminah...."

Ummu Imarah telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w. dan diriwayatkan daripada cucunya Abad bin Tamim, Al-Harith bin Abdillah bin Ka'ab dan Ikrimah hamba sahaya Abdullah bin Abbas. Di antara hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Imarah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkunjung ke rumahnya. Ummu Imarah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w. mempelawanya untuk makan bersama, dia menjawab : "Ya Rasulullah! Aku berpuasa." Rasulullah s.a.w. pun bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang berpuasa itu ketika orang makan di sekelilingnya, maka malaikat akan solat ke atasnya hingga mereka selesai makan."

Kunjungan Rasulullah s.a.w. ke rumah Ummu Imarah menunjukkan dia termasuk golongan orang yang mulia dan juga bukti karamahnya, ibadahnya, zuhudnya kerana dia sentiasa puasa sunat.

7. Karamah Ummu Imarah

Ummu Imarah memiliki sejumlah karamah yang patut untuk disebutkan. Di antaranya adalah usahanya untuk bertabarruk dengan peninggalan Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w. mencukur rambutnya di Al-Hudaibiyah, para sahabat berusaha untuk mendapat rambut tersebut. Ummu Imarah , mengambil beberapa helai rambut tersebut. Biasanya rambut tersebut dicuci dengan menggunakan air yang akan digunakan si pesakit untuk mandi dan meminumkannya dengan air tersebut. Dengan izin Allah s.w.t. si pesakit akan sembuh.

Ketika salah satu tangannya terputus pada waktu perang Yamamah, tangan yang selalu digunakannya untuk melindingi Rasulullah s.a.w., ramai orang yang datang bersama keluarga mereka yang sakit untuk berubat dengannya. Ummu Imarah akan mengusap si pesakit tersebut sambil berdoa untuknya. Dengan izin Allah, si pesakit tersebut akan sembuh.

8. Allah Reda Dengan Kematiannya

Kita telah hidup beberapa saat bersama seorang sahabat yang memiliki sejarah kehidupan yang sangat mengharukan. Beliau adalah seorang ibu bagi anak-anaknya, seorang isteri yang penuh kasih sayang, seorang mujahidah mulia, seorang ahli hadis dan seorang yang selalu meningkatkan tahap keimanannya. Seseorang akan membaca sejarah hidup Ummu Imarah apabila membaca sejarah golongan para sahabat wanita yang lain. Dia akan mendapt kisah tentang penyertaanya dalam Bai'at Al-Aqabah dan Al-Hudaibiyah. Dia telah mula dan menutup kehidupannya dengan menjawab panggilan Ilahi sehingga kematiannya. Dia telah meninggalkan sejarah hidup yang patut untuk dicontohi oleh setiap wanita yang ingin mencapai kemuliaan dalam hidup.

Di akhir cerita sejarah kehidupan Ummu Imarah bersama keluarganya, marilah kita berdoa semoga Allah s.w.t. menjadikan kita sebagai kawan bagi mereka di syurga kelak. Selamat jalan wahai sahabat yang mulia.