Wednesday, October 17, 2012

i'm so nervous =.='

Bila mana perasaan "nervous" datang lagi, terasa takut perkara yg sama berulang kembali..pernah terjadi..kelas jam 9, jam 8 dah pergi..kelas batal, rajin pulak pergi awal.Harap perkara yg sama x berulang kembali."Nervous", tolonglah pergi.

aduih! memang kena blik raya haji nie...(tetibe..)
#Rabbi Yassir Wala Tu'aasir#

Hikmah, bijaksana......

Dalam mendepani masyarakat hari ini, kita sering bertemu dengan pelbagai kerenah masyarakat yg pelbagai, ada yg tegas, ada yg pemalu, ada yg sangat peramah dan sebagainya.

Namun dalam menegur sesuatu, biarlah bertempat dan menggunakan cara yg berhikmah..

Sesetengah orang boleh menerima cara teguran begini "woi! ko g mane? lambat btol sampai, flight delay ke ape.." (rujuk:contoh) sebelum mengeta
hui perkara sebenar.
Dan kita perlu ingat sesetengah insan yg hatinya agak lembut mudah terguris, bukan begitu cara teguran yang sesuai..

Berbahasalah dengan bahasa yang sesuai dengan diri seseorng itu.Kerana apa? kerana kita ini manusia, hanya HAMBA.Bukan sang pencipta yg berkuasa utk segala2nya.

Ingat! masalah hati itu bukan berkaitan CINTA manusia semata tapi kebanyakannya berpunca dari orang yg tidak tahu menjaga perasaan orang lain.Maka timbullah perasaan dendam, iri hati, benci dan sebagainya.

para sahabat radhiallahu ‘anhum pernah bertanya:

“Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Orang yang paling baik akhlaknya.

p/s: sentiasa memaafkan orang lain, agar dosa kita juga dimaafkan. (berjalan sambil memerhati)

Monday, October 8, 2012

Bila mana Allah utuskan sahabat untukku..

Teman, aku ingin...
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar Al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,

Cintakan kebenaran , sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggal insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerun musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terrengut,
roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan penahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih , menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kaanAllah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda tak pernah suram.

Aku ingin kita pemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harum pusara Masyitah,
semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Masyar nanti.

Khas buat sahabatku...
:)

~Salam Hadrah~

Thursday, October 4, 2012

Bidadari Dunia – Dia Adalah yang Menjaga Akhlaknya



Kita terus menelaah Bidadari Dunia hari ini. Perempuan yang merupakan manusia, tetapi melangkah dengan langkahan bidadari. Mahal. Indah. Tinggi. Mulia.
Antara ciri-ciri wanita, perempuan yang sedemikian, pada saya, adalah yang menjaga akhlaknya.


Ya. Akhlak.
Dikatakan bahawa akhlak adalah pakaian yang menunjukkan keadaan kita. Buruk akhlak, buruklah orang memandang kita. Walaupun pada kita ada seribu satu kelebihan, seperti cantik, kaya dan sebagainya.
Cantik akhlak, cantiklah orang memandang kita. Walaupun pada kita ada seribu satu kekurangan, seperti miskin, tidak berapa cemerlang dalam pelajaran dan sebagainya.
Dan antara yang mendamaikan jiwa manusia, adalah akhlak.
Sebab itu perempuan berakhlak, dia adalah bidadari dunia.
Akhlak, bukan semata berdiri di atas nilai murni.

Pertamanya, perlu difahami bahawa, akhlak mulia bukanlah semata-mata berdiri di atas nilai murni semata-mata. Apakah maksud saya dengan penyataan ini?
Yakni, kita tidak memandang bahawa akhlak mulia itu semata-mata berdiri di atas nilai moral. Contohnya, kita tidak berbogel di tengah masyarakat, kerana masyarakat menganggap itu satu perkara yang tidak bermoral. Maka kita berpakaian, kerana pada masyarakat, berpakaian itu bermoral.
Contoh lain, kita tidak menengking-nengking orang, kerana masyarakat menganggap menengking itu satu perkara yang tidak murni. Begitu juga dengan kita membantu orang, kerana masyarakat menganggap membantu orang lain adalah perkara yang murni.

Ya. Akhlak bukan berdiri di atas ‘nilai murni’ atau ‘moral’ dengan ukuran masyarakat, ukuran manusia.
Tetapi konsep berakhlak yang sebenar itu, diukur dengan nilaian yang telah diletakkan oleh Allah SWT.
Masyarakat mungkin boleh menerima bahawa yang memakai baju kurung, tanpa tudung, itu dikatakan berakhlak, sopan. Tetapi di dalam Islam, itu belum mencapai tahap berakhlak lagi. Kerana jelas, di situ ada ‘keingkaran’ kepada Allah SWT berlaku. Maka bagaimanakah kita boleh mengira keingkaran kepada Allah SWT sebagai ‘berakhlak’?

Contoh lain dalam isu ini, berpegangan tangan dengan yang bukan mahram. Mungkin pada masyarakat, itu tidak mengapa. Tiada masalah. Bukan peluk pun. Jadi kalau berpegangan tangan, bersentuh bahu studi bersama, maka itu boleh dikira berakhlak lagi. Tetapi tidak di dalam Islam. Itu belum mencapai tahap ‘berakhlak’. Kerana jelas berlaku pengingkaran kepada Allah SWT di situ.
Jadi, bidadari dunia memahami akhlak mulia itu sedemikian rupa.
Apakah ‘akhlak mulia’? Itulah dia dengan berakhlak mengikuti akhlak yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.
Maka Mereka Berakhlak dengan akhlak yang diperintahkan.
Firman Allah SWT:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” Surah Al-Ahzab ayat 32.

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab ayat 59.

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” Hadith Riwayat Muslim, bernombor 3971.

Begitulah Allah SWT memerintahkan. Begitulah Rasulullah SAW menunjukkan.
Maka Bidadari Dunia itu matanya tidak liar dalam memandang yang tidak sepatutnya. Tidaklah bermaksud tunduk hingga terlanggar tiang dalam perjalanannya. Tetapi bermaksud, tidak terlalu teruja dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.

Tiadalah pula mereka ini menunjuk-nunjukkan perhiasan mereka, kecuali pada tempat yang memang tidak terlindung. Tiadalah mereka menayang-nayangkan barang kemas, dan berlebih-lebihan dalam mengenakan hiasan.

Mereka juga menutup aurat dengan kemas. Tidak semata-mata mengikut fesyen arus itu dan ini. Tetapi memastikan bahawa yang Allah kehendaki itu selesai. Yakni menutup seluruh tubuh kecuali tangan dan wajah. Juga tidaklah hingga menunjukkan tubuh badan. Pakaian mereka labuh, walau apa pun yang dipakai mereka.

Mereka juga tidaklah ‘gedik’, mengada-ngada, melembutkan suara pada yang bukan mahram, dan berhubungan bebas dengan mereka. Tidak pula perempuan yang beriman ini, bidadari dunia ini, bila berjalan kedengaran ‘keletak-keletuk’. Mereka berjalan dengan sopan, teratur, dan tidak terlalu menarik perhatian. Terjaga.

Walaupun ada ayat di atas menyebut ‘isteri-isteri nabi’, tetapi hakikatnya hukum itu jatuh kepada semua perempuan muslimah yang beriman. Hal ini kerana, isteri-isteri nabi adalah ibu kepada perempuan yang beriman. Kerana itu mereka digelar, Ummul Mukminin. Mereka menjadi ikutan kepada perempuan yang inginkan keredhaan Allah SWT.

Kerana itu. Bidadari Dunia Sangat Indah.
Kerana memahami akhlak yang sedemikian ini dan melaksanakannya lah, Bidadari Dunia menjadi sangat indah. Cuba perhatikan semula sub topi di atas ini dan kemudian bayangkan. Sederhana bukan?
Ya. Sederhana. Tidak kelihatan terlalu terkinja-kinja. Kelihatan amat sopan. Amat cantik dalam erti kata cantik yang sebenar. Amat indah.

Saya tidak mampu menterjemahkan dengan apa-apa perkataan lain selain perkataan Sederhana.
Tidak terlalu melebih-lebih. Dan tidak pula terlalu kurang. ‘Just nice’ orang putih kata.
Itu yang membuatkan Bidadari Dunia indah.

Penutup: Tetapi siapakah yang hendak berakhlak sedemikian rupa?
Tetapi siapakah daripada kalangan saudari-saudari saya ingin berakhlak sedemikian?
Berakhlak dengan apa yang Allah SWT mahu. Bukan sekadar apa yang masyarakat mahu.
Akhlak yang indah. Yang cantik. Yang mulia.

Ketahuilah bahawa perempuan yang sedemikian, mahal harganya.
Terjaga. Kemas. Bukan murah yang boleh diambil oleh sesiapa. Suci!
Bidadari Dunia!
Siapakah yang mahu menjadi?

Sumber: http://www.langitilahi.com/

Saturday, August 18, 2012

Saturday, August 11, 2012

Ninja Turtle?

 Assalamualaikum..salam Ramadhan.Kaifahalukum? 
Sedikit Perkongsian untuk sahabat-sahabat tentang purah ataupun niqab.Suka tengok orang berpurdah, erm, apa ya hukum berniqab?kenapa sebahagian wanita Islam berniqab dan kenapa sebahagian lagi tidak berniqab ya?nah! sedikit perkongsian untuk semua.Moga bermanfaat..^______^
Ramai yg salah faham dgn isu purdah

"Purdah adalah isu khilaf terhadap hukum asalnya. Jika dia berpegang bahawa hukum asalnya wajib, maka sehabis daya dia cuba pertahankan dulu purdahnya walau di mana sahaja. Jika tidak berdaya, darurat membenarkan dia membukanya.

Jika dia berpegang bahawa hukum asalnya harus, maka dia bebas memilih untuk berpurdah dalam situasi tertentu atau memilih tidak berpurdah dalam situasi yang lain.

Ianya sama sahaja dengan lelaki yang menganggap kopiah serban itu harus atau sunnah. Bila ke masjid atau di rumah, dia memakai kopiah atau serban. Insyallah, dia mendapat pahala sunnah jika meniatkan pakai untuk ikut sunnah. Bila di tempat kerja pula (contohnya dia anggota polis), maka dia membuka kopiah atau serbannya dan memakai topi seragam polis. Ikut keperluan. Di sini ada fiqh keutamaan. Perlu bertoleransi pada keadaan2 yang lebih besar maslahahnya kerana dari sudut manhaj, dia telahpun mengikut sunnah menutup aurat. wallahua'lam." ustazah  Fatimah Syarha


 

Tuesday, July 24, 2012

Bila Semua Ada di Rumah :-))

Bismillahhirrahmanirraahim......

Assalam sahabat2, kawan2, rakan2..bersua lagi.Jari jemariku menaip lagi.
Alhamdulillah, semua dapat balik..semua ada kat rumah, semua dapat berterawih dan bersahur sama untuk hari pertama berpuasa.Best kn3x..Meriah!

Di suatu petang, bila adik2 dari asrama sampai di rumah, kami terus berborak panjang di dapur.Tergambar riak gembira di wajah emak dan abah.Bila mereka balik, mesti ada je cerita yang buatkan saya dan mak geli hati.Macam-macam "story" pasal sekolah mereka.Adui! nak pecah perut, cuba sedaya upaya mengawal suara tahap minimum. suara.:)) (tgk, smile jer)

Sementara duk  berstory , tetiba mak pun bersuara, seperti berikut:

Emak : Nanti anak-anak mak kahwin lambat sikit naa.sat g mak sunyi kalau hangpa sume kahwin awal.
           (ala, macam mane nie  =P)."nampak sangat emak rindu anak-ank dia, almaklumlah lama x berkumpul mcm nie"

Anak2: Dengan ketawa kecil, kami pun mengukir senyuman manis :)) dan berkata "baik mak" hehe

Emak : aii boleh percaya ke nie?? (macam x yakin jer)
          
Anak2: InsyaAllah mak (cube yakinkan mak) ^^

Begitulah betapa kasih dan sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya.Bukan semua ibu x bagi anak-anak mereka berkawin, tetapi mungkin agak berat untuk melepaskan anak-anak merekaTambah-tambah pula yang ramai anak perempuan dan keluarga kami yang teratas semuanya peremuan.Masing-masing berkongsi cerita dan tawa dengan emak.(dengan aba pun share jugak tp x semua, mf abah, abah kn buzy sokmo..jarang ada kt rumah.hihi)

Sebagai anak, saya berharap sangat kami dapat jadi anak-anak soleh dan solehah dan dapat berbakti dengn sebaiknya.Jangan abaikan tanggungjawab kita kepada ibu bapa walau dalam keadaan mana sekali pun.Walaupun mereka sudah berada di dalam liang lahad, kita masih bertanggungjawab untuk mendoakan mereka (1000x peringatan utk diri sendiri).

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman ayat: 14)

 Antara jalan untuk tergolong sebagai orang-orang yang beriman ialah keutamaan melihat ibu bapa sebagai tanggungjawab yang besar yang perlu dilaksanakan. Kegagalan berbakti kepada ibu bapa boleh mengakibatkan kita sukar untuk sampai ke pintu syurga sebagaimana hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka)." (Riawayat Muslim).


 Jom sama-sama berbakti kepada ibu bapa kita, di samping itu, eratkan ukhwah antara adik beradik dan saudara mara.Moga Allah Redha. :))


Baiklah, nak masak untuk berbuka..Maaf silap salah & kekurangan.:))







Monday, July 23, 2012

Ramadhan Kareem :))


Bismillah wal hamdulillah, Assalamualaikum..alahai dah bersawang blog nie.Sebelum nie ada jugak nak post, tp x de idea plak kan..Sempena bulan ramadhan al mubarak nie, saya nak ucap Selamat menunaikan ibadah Ramadhan, mohon maaf atas kesilapan & kekhilafan sama ada sengaja atau tidak disengajakan. Moga ramadhan kali ini memberi seribu makna kepada kita.

>>  Alhamdulillah sempena cuti semester nie dapat la tolong mak abah sikit-sikit kan.Tambah-tambah plak bulan Ramadhan kan.Moga Allah reda.

>> Lepas tue tolong mak masak-masak untuk berbuka, sebenarnya masak x banyak sangat tp rezeki kan, jiran-jiran kongsi sikit, beli sikit .hehe..tue yg jadi banyak.BARAKAH RAMADHAN~

>> Kawan-kawan, jangan membazir ye, memang time puasa semua rasa nak masak, semua rasa nak makan tp bile dah berbuka, memang x larat nk habiskan semua.Masak je ape yg ada.Yang ada jiran ramai tue lagi untung kan3x..bertukar-tukar makanan & kuih.dari masak dua tiga  jenis, bile nk berbuka, dah jadi dekat sepuluh jenis lepas tukar-tukar dengan jiran.Jimat2X.
(rezeki namanya )

>> OK lah, da nk berbuka.insyaAllah, sama2 manfaatkan bulan BARAKAH  tahun nie ya.Selamat berbuka semua..tata titi tutu..Assalamualaikum ^^,


Sunday, May 20, 2012

Tips Pengurusan Masa Yang Baik


Assalamualaikum kawan-kawan.Apa khabar iman kalian? :)
Hari ini saya nak sentuh sikit pasal pengurusan masa,
Almaklumlah, peperiksaan makin hampir, bagaiamana persiapan kalian?
Bagi pelajar yang aktif berpersatuan, pengurusan amat dititikberatkan dalam
Kehidupan mereka.Namun pelajar yang kurang aktif juga sepatutnya menggunakan
 masa yang dianugerahkan dengan baik supaya
semua kerja yang dilaksanakan menjadi IBADAH, InsyaAllah...

 

Allah berfirman:
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang orang-orng beriman yang mengerjakan kebajikan, saling nasihat menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" Surah Al Asr:1-5

*Gunakan masa dengan sebaiknya*

 Baiklah, saya kongsikan serba sedikit tips untuk pengurusan masa.Moga bermanfaat ya..^^,

>>>1. Selesesaikan semua tugasan
>>>2. Hancurkan sikap Menangguh kerja
>>>3. Tentukan keutamaan 
>>>4. Laburkan masa untuk merancang
>>>5.Menjauhi perkara sia-sia




"Antara kebaikan muslim itu ialah dia meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya"
(Riwayat Tarmizi & Ibnu Majjah)








Kehidupan: Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh…



Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekar pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.
Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?


Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata

Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?

Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?

Tiada siapa menarik mereka
Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.
Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.

Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu
Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.
Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?

Mereka butuh manusia yang memahami
Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?
“Aku tegur dah dia” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.
Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.
Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka.
Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.

Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama
Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.
Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.
Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?
Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.

Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
  1. Kamu mati.
  2. Dia mati.
  3. Matahari terbit dari barat.
  4. Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.

~sumber: Hilal Asyraf.Com~

Saturday, April 21, 2012

5 Tips Memilih Teman Baik





"Seseorang berada di atas agama kawannya."
Demikian pesan Nabi kita. 
Kenapa ya? 
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.             
 Maka, Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.              
Nak cari di mana?Hmm, memang susah nak cari. Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.     


Kalau kawan tu tak beragama, macam mana?Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.              
Apa kata ulama yang kita sayangi?
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: "Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat." 
Syarat-syaratnya ialah:
1.      Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2.      Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3.      Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4.      Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5.      Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

Wednesday, April 18, 2012

I'm Not feeling well..



~Asslamualaikum..walaupn kepala terasa agak berat, lidah da mcm xde deria rasa,
kaki ini terus melangkah ke kelas, terus bersemangat..
 Doakn saya..

"moga Allah mencabut kesakitanku bersama gugurnya dosa-dosa lalu.."

Tuesday, April 17, 2012

"Aku menyintaimu kerna AGAMA yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu,hilanglah cintaku padamu." [ImamNawawi]
 
Comel x mak & abah saya?.hehe..Moga mereka hingga ke syurga.
 ~Rindu Kalian~ :')

Saturday, April 14, 2012

Debaran kian terasa.......

Nak tgk orang berdebat, sy plak rasa debarannya..takutttttttt...!!
SAHABAT2 yg disayangi kerana Allah..oga dipermudahkan ya..^^,

Thursday, March 22, 2012

Family oh family !!




Petang yang suram, tenang dan mendamaikan..Kerinduan kt kampung halaman..
Menghitung hari untuk pulang..Sabarlah wahai hati..:)

Saturday, March 17, 2012

Assalamualaikum sahabat2 sekalian..
lama sudah tidak bertinda kt blog nie..Bukan kerana sibuk sangat pun..tetapi sedang mencari "mood" untuk bertinta
mood sekarang:
>>>Assgment
>>>  program
>>>persiapan mendatang

Persiapan mendatang?? ha?? pe nie..klu nk tahu, tngu ya..moga Allah tunjukkan dan berikan yang terbaik ^^
Dalam proses grooming lg, klu Allah izinkan, akn ku galas amanah ini dengan sebaik mungkin, tetapi persediaan rapi sebagai seorng hambaNYA juga perlu kerana "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri"..usaha yang gigih itu perlu..
Tetapi jika sebaliknya, moga Allah akan berikan yang terbaik untukku..Amin..
ok..sampai sini je nk bercerita kot..nk study utk test pulak..doakan sy ye..
InsyaAllah akan berceloteh lagi di lain hari...moga hari ini lebih baik dari semalam
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang, kuatkanlah imanku,ikhlaskanlah niatku, moga setiap detik nafasku menjadi ibadah kepadaMu.....

konon2 rajin..koya sebentar..:P