Sunday, January 23, 2011


SEKADAR PERKONGSIAN...
"Amalan manakah yang Allah terima?".Seperti biasa selesai majlis ilmu, si penceramah akan turut serta membantu petugas2 majlis mengemas kembali dewan majlis. Ketika beliau sedang menyusun kerusi, seorang petugas menghampiri beliau sambil berkata "Tuan, biarkan saja kami yg melakukannya kerana tuan masih penat berceramah tadi". Dengan senyum beliau menjawab, "Tidak mengapa, walaupun aku yg menyampaikan ilmu tetapi aku khuatir amalan manakah yg Allah terima dariku, sama ada kerana aku menyampaikan ilmu atau kerana aku menyusun kerusi2 ini" assyahid Imam Hasan al-Banna
shbt2...yang dikasihi, untuk memelihara hati kita, banyakkanlah baca doa ini,

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أنتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أنتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا

Teks ruminya - Allahumma aati nafsii taqwaahaa.. wa zakkihaa anta khoiru man zakkaahaa.. anta waliyyuhaa wa maulaahaa...

Terjemahannya :

"Ya Allah kurniakanlah kpd hatiku ini akan sifat taqwa. Sucikanlah ia, Engkau sahajalah sebaik-baik yg mensucikan hati. Engkaulah pemiliknya dan tuannya"

Hadis Riwayat Imam Muslim

Bacalah dengan penuh penghayatan dan memahami maknanya. Semoga hati kita sentiasa terpelihara insyaAllah.....(^_^)..

2 comments: