Thursday, October 7, 2010

JOM KENALI SAINTIS KITA...

 Abu Marwan Bin Malek Ibn Zuhr atau lebih dikenali barat sebagai Avenzoar merupakan seorang pakar perubatan, kilnikal dan parasitologi yang amat terkenal di Zaman Pertengahan.Malah ahli sejarah mengiktiraf beliau sebagai ahli perubatan terbaik selepas Al Razi di Baghdad, IraqAhli sejarah lain menggelarkan  Ibnu Zuhr sebagai ahli perubatan terbaik selepas Galen.
       Ibnu Zuhr di lahirkan di Seville, Sepanyol pada 1091 Masihi tetapi tidak banyak yang diketahui mengenai kehidupan beliau semasa zaman kanak-kanak.Apa yang diketahui beliau berjaya menamatkan pengajian di Universiti Perubatan, Cordova, Sepanyol dengan ccemerlang.Selepas beberapa tahun menetap di Baghdad, Iraq dan Kaherah, Mesir, beliau kembali ke Sepanyol dan bertugas bagi Al-Murabatun (Almoravides) sebagai pakar perubatan.Tidak lama selepas itu apabila kerajaan Al-Murabatun kerajaan Al-Murabatun ditumpaskan oleh kerajaan Al-Muwahadun (Al-Mohades), beliau diambil bertugas dengan pemerintsh pertama Muwahid, Abd al-Muimin sebagai menteri dan pakar perubatan.
         Beliau amat setia dengan tugas-tugasnya sebagai pakar perubatan di Seville dan meninggal dunia pada 1161 di sana.Ibn Zuhr hanya memberikan perhatian khusus kepada bidang perubatan tidak seperti saintis Muslim lain yang bergiat dalam bebeprapa bidang pada masa yang sama.
       Justeru, dengan memberikan perhatian hanya kepada satu bidang menjadikan Ibn Zuhr membuat sumbangan yang tulen dan berterusan.Beliau memberikan penekanan khusus kepada pemerhatian dan eksperimen yang dijalankan dalam tugasnya.Dr. Neuberger dalam karyanya History of Medicine menyatakan Ibn Zuhr merupakan seorang yang cekap dalam seni pembedahan mayat dan mengetahui bidang anatomi dengan mendalam.
      Malah kata Dr. Neuberger, teknik pembedahan Ibn Zuhr juga amat hebat.Ibn Zuhr telah melakukan beberapa penemuan besar sebagai pakar perubatan.Beliau merupakan orang pertama menguji ubat-ubatam pada haiwan sebelum menggunakannya pada manusia.Beliau juga merupakan orang pertama yang memberikan penerangan terperinci mengenai penyakit kudis buta, penyakit berkaitan hama dan tungau sehingga beliau diiktiraf sebagai pakr parasit.
     Ibn Zuhr juga merupakan saintis pertama yang memberikan gambaran lengkap mengenai trakeotomi dan mengamalkan pemakanan terus melalui kerongkong apabila pesakit tidak boleh makan secara normal.Sebagai pakar klinikal, beliau memberikan penerangan klinikal lengkap mengenai jangkitan usus, radang di bahagian telinga dan tumor di bahagian usus.Beliau juga banyak menulis buku-buku hebat dan bersejarah bagi pakar perubatan dan buku-buku dalam bahasa mudah bagi masyarakat biasa.
    Beberapa bukunya telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan Hebrew serta mendapat tempat tertinggi di Eropah sehingga penghujung abad ke-18.Bagaimanapun hanya tiga buah bukunya yang masih ada hingga kini.Ibn Zuhr menghasilkan kitab al-Taisir fi al-mudawatwa al
-Tadbir atas permintaan Inb Rushd (Averroes).
     Buku berkenaan dalam Bahasa Inggeris diberikan tajuk The Book Of Simplification concerning Therapeutics and Diet.Dalam buku berkenaan, ia mengandungi begitu banyak sumbangan tulen Ibn Zuhr yang banyak membincangkan mengenai keadaan patologi dan terapi dengan mendalam.Ia juga membincangkan mengenai peranan ilmu psikologi sebagai kaedah rawatan.Buku berkenaan ditulis dengan mudah supaya mudah difahami oleh masyarakat umum dan bukan saja mereka yang berada dalam dunia perubatan.Bukunya yang ketiga Kitab al-Aghziya (Book on Foodstuffs)menerangkan mengwnai jenis-jenis ubatan dan dadah serta kepentingan makanan dan pemakanan serta kesannya ke atas kesihatan.
Tulisan Ibn Zuhr banyak mempengaruhi perkembangan sains perubatan selama beberapa abad di seluruh dunia.
Medical Medicine of Egypt
  

No comments:

Post a Comment