Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

Siapa Saya

Assalamualaikum. Sambil godek-godek FB tadi, terbaca satu post seorang sahabat.
Tersentuh dengan dengan kata-kata nie :

Jika wanita cantik yang dicari, ia bukan saya,

Jika wanita solehah yang dicari, ia bukan saya,

Jika wanita ayu yang dicari, ia bukan saya,

Jika wanita kaya yang yang dicari, ia bukan saya,

Jika wanita warak yang dicari, ia bukan saya,

Tapi,

Jika wanita yang ingin dibimbing..
ia adalah saya..
Bimbing dan berilah ilmu agama pada saya :')

Siapalah saya berbanding mereka. Masih mencari dan terus mencari, belajar dan terus belajar.
Sahabat, peganglah tanganku seeratnya agar aku tidak mudah tersungkur dikala ujian datang melanda.
Bimbinglah daku selagi mana diri ini masih bernafas.

~Impikan bersahabat dengan kalian semula di syurga nanti~

~Hamba Ilahi~

Sunday, January 20, 2013


Jalan-jalan

Jam menunjukkan pukul 3 pagi tiba di pintu pagar UTM. Maka, bermulalah dialog bersama Pak Cik Guard yang dikasihi
...................................................................................
Kami : Assalamualaikum Pak Cik ^___^ (senyum amik hati)
Guard : Dik,dari mana ni? Jam 3 pagi baru balik
Kami : Owh, maap Pak Cik, kami dari Pasir Gudang, ada kuliah Ustaz Azhar Idrus tadi. Balik lewat sikit
Guard : ooo, yeke, kalau pergi dengar kuliah tak pe, ok boleh jalan..
Kami : Terima Kasih Pak Cik, Alhamdulillah ^____________^  ( up sikit senyum lebar )
# Cuba teka siapa Kami dalam dialog nie? :D

Friday, January 18, 2013

~Puteraku demam~

Andai mereka tahu, pasti akan bertanya..
Sukar sebenarnya, sangat sukar..
Ya Allah bantulah HambaMU ini.
~Pemilik jiwa dan ketenangan~



p/s: Tajuk di atas tiada kena mengena dengan post. Harap maklum.

Wednesday, October 17, 2012

i'm so nervous =.='

Bila mana perasaan "nervous" datang lagi, terasa takut perkara yg sama berulang kembali..pernah terjadi..kelas jam 9, jam 8 dah pergi..kelas batal, rajin pulak pergi awal.Harap perkara yg sama x berulang kembali."Nervous", tolonglah pergi.

aduih! memang kena blik raya haji nie...(tetibe..)
#Rabbi Yassir Wala Tu'aasir#

Hikmah, bijaksana......

Dalam mendepani masyarakat hari ini, kita sering bertemu dengan pelbagai kerenah masyarakat yg pelbagai, ada yg tegas, ada yg pemalu, ada yg sangat peramah dan sebagainya.

Namun dalam menegur sesuatu, biarlah bertempat dan menggunakan cara yg berhikmah..

Sesetengah orang boleh menerima cara teguran begini "woi! ko g mane? lambat btol sampai, flight delay ke ape.." (rujuk:contoh) sebelum mengeta
hui perkara sebenar.
Dan kita perlu ingat sesetengah insan yg hatinya agak lembut mudah terguris, bukan begitu cara teguran yang sesuai..

Berbahasalah dengan bahasa yang sesuai dengan diri seseorng itu.Kerana apa? kerana kita ini manusia, hanya HAMBA.Bukan sang pencipta yg berkuasa utk segala2nya.

Ingat! masalah hati itu bukan berkaitan CINTA manusia semata tapi kebanyakannya berpunca dari orang yg tidak tahu menjaga perasaan orang lain.Maka timbullah perasaan dendam, iri hati, benci dan sebagainya.

para sahabat radhiallahu ‘anhum pernah bertanya:

“Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Orang yang paling baik akhlaknya.

p/s: sentiasa memaafkan orang lain, agar dosa kita juga dimaafkan. (berjalan sambil memerhati)

Monday, October 8, 2012

Bila mana Allah utuskan sahabat untukku..

Teman, aku ingin...
Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar Al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana Al-Khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,

Cintakan kebenaran , sanggup bersakit.

Serta tawakkal Ibrahim mulia,
ketika meninggal insan tercinta,
di bumi tandus tanpa bicara,
meyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
berdiri tatkala tunduknya manusia,
bersuara tatkala diamnya mereka,
menggerun musuh durjana.

Serta senyuman Syed al-Qutb,
ketika berhadapan dengan tali maut,
akidah mantap tidak terrengut,
roh dakwahnya tidak surut.

Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
menahan penahan Hajjaj dengan rela,
bersama si ibu tua,
lantas syahid, rohnya ke syurga.

Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
fikrahnya jernih , menggegar dunia,
merelakan tubuhnya dimamah peluru,
demi menegakkan kaanAllah dan Rasul.

Aku cintakan pemuda Giffari,
menentang kezaliman walaupun diancam,
moga kan lahir lagi di abad ini,
jiwa jitu pemuda tak pernah suram.

Aku ingin kita pemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.

Aku ingin pusara kita harum mewangi,
bagai harum pusara Masyitah,
semerbak kasturi.

Aku ingin persahabatan indah ini,
bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Masyar nanti.

Khas buat sahabatku...
:)

~Salam Hadrah~