Saturday, April 30, 2011
terfikir...
Friday, April 22, 2011
Exam mood....
Assamualaikum...lame dh xupdate blog nie..asif sangt...
Entry kali nie nk berkongsi sal exam yang bakal menjelma..
senrai di bawah adalah tarikh-tarikh exam yang bakal tiba:=)
- 25/4/2011
- 27/4/2011
- 29/5/2011
- 3/5/2011
- 4/5/2011
- 6/5/2011
- 9/5/2011
Kawan2, cmne preparation??
Walaupun kita sibuk dengan belajar time stdy week nie..
Jangan lupa tanggungjawab kita kepadaNya..=)
kerana setiap apa yang kita dapat di dunia ini adalah kurniaan dariNya..
Tambahkan amalan kebaikan..
Elakkan dari menyumpat or mengata perkara2 yang tidak elok kepada pensyarah2 kita...
Sesungguhnya setiap manusia itu ada kelebihan dan kelemahan tersndiri...
Apa yang kita belajar hari ini bukan sahaja untuk exam tp..
uNtuk mendapat keredaan dalam mengharungi liku-liku
kehidupan yang kian mendatang...
Belajar pn satu ibadah kn?? :)
Jd kne ad keberkatan dlm kita beribadah...
Kepada sahabat2 yg belum exam,
teruskan usaha, doa dan tawakal..
GOOD LUCK...BITTAUFIQ WANNAJAH...
Ilalliqa'.....(^_^)
Friday, April 1, 2011
Kita selalu bertanya dan Quran sudah tersedia jawapannya. Ini kisah benar belaka,tiada dusta.Segala duka yang sering membuat kita tertanya, dalam kitab suci al-Quran itu ada jawapannya.Ssentiasa berusaha, berdoa dan berserah kepadaNya...
Kita selalu bertanya :
Kenapa aku diuji ??
Quran menjawab :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta"
=== Surah al-Ankabut 2-3 ====
Kita bertanya lagi :
Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan...??
Quran menjawab :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui "
== Surah al-Baqarah ayat 216 ===
Kita bertanya lagi :
Kenapa ujian seberat ini...??
Quran menjawab :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
== Surah al-Baqarah ayat 286 ===
Kita selalu bertanya :
Kenapa kita frust...??
Quran menjawab :
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan lah kamu bersedih hati, padahal kamu lah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
== Surah al-Imran ayat 139 ==
Kita bertanya lagi :
Bagaimana harus aku hadapinya ??
Quran menjawab :
" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan mengerjakan sembahyang. dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"
== Surah al-Baqarah ayat 45 ===
Kita bertanya :
Kepada siapa aku berharap ??
Quran menjawab :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal "
=== Surah at-Taubah ayat 129 ===
Kita tanya :
Apa yang aku dapat dari semua ujian ini ??
Quran menjawab :
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan mereka syurga dan neraka"
== Surah at-Taubah ayat 111 ===
Kita berkata :
Aku tak tahan...!!!
Quran menjawab :
"... dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada Allah melainkan kaum yang Kafir "
== Surah Yusuf ayat 12 ==
kita berkata :
Sampai bila aku harus merana begini ???
Quran menjawab :
" Keran sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulita itu ada kemudahan"
== Surah al-Insyirah ayat 5-6 ====
Tuesday, March 8, 2011
Tuesday, March 1, 2011
Bagaimana Bersuci Bagi Pesakit Yang Berbalut Anggotanya?
Seorang isteri yang solehah telah menelefon suaminya bagi menyelesaikan satu permasalahan hukum Fikah berkaitan dengan wudhuk dan mandi bagi seseorang yang berbalut anggota badannya. Ikuti perbincangan mereka berdua :
Ummu Muhammad : Assalamualaikum abang.
Abu Muhammad : Waalaikumussalam sayangku ( sambil tertawa kecil ).
Ummu Muhammad : Abang, saya ingin menyampaikan hajat seorang sahabat yang ingin mendapat penjelasan hukum daripada abang berkenaan dengan hukum berwudhuk dan mandi wajib bagi seseorang yang berbalut anggota badannya.
Abu Muhammad : Oh begitu. Sebelum itu sebaiknya sayang bertanya dulu kepada sahabat tersebut adakah bermasalah jika dia membuka balutan tersebut atau tidak? Jika bermasalah dan akan menimbulkan mudharat maka tidak perlu bagi dia membuka balutan tersebut. Namun jika tidak bermasalah, maka wajib baginya untuk membuka balutan tersebut.
Ummu Muhammad : Nanti saya akan tanyakan ye abang. Cuma kalau dia tidak dapat membuka balutan tersebut bagaimanakah caranya untuk dia berwudhuk dan mandi?
Abu Muhammad : Baik, abang akan terangkan dulu cara bagaimana untuk sahabat sayang berwudhuk. Caranya mudah sahaja. Sebelum itu abang ingin bertanya, bahagian anggota badan yang mana yang berbalut itu?
Ummu Muhammad : Bahagian kaki kanan.
Abu Muhammad : Semoga Allah taala akan menyembuhkan dengan segera kaki tersebut. Cara berwudhuk bagi sahabat tersebut adalah seperti biasa iaitu dengan memulakan niat berwudhuk kemudian membasuh muka, membasuh kedua tangan dan membasuh kepala. Bilamana sampai di kaki kanannya maka dia perlu bertayammum bagi menggantikan anggota yang berbalut tersebut. Cara bertayammum adalah seperti biasa iaitu dengan menyapu muka dan tangan sehingga ke siku dengan tanah yang suci. Setelah selesai bertayammum maka dia perlu membasuh anggota kaki yang tidak berbalut dan jangan lupa untuk menyapu air di atas tempat yang berbalut tersebut. Selesai perkara tersebut barulah dia dibenarkan untuk membasuh kaki kirinya bagi menyelesaikan wudhuk.
Ummu Muhammad : Oh begitu ya. Cuma tadi abang ada katakan bahawa setelah bertayammum maka pesakit tersebut perlu membasuh anggota yang tidak berbalut dan menyapu di atas bahagian yang berbalut tersebut. Bagaimana gambarannya ya?
Abu Muhammad : Begini contohnya jika yang patah itu adalah bahagian tumitnya. Maka jika bahagian yang berbalut itu adalah bahagian tumit sahaja , wajib bagi pesakit tersebut untuk membasuh bahagian yang tidak berbalut seperti jari kaki dan tapak kakinya yang tidak berbalut dan kemudian menyapu air di atas balutan tumit tersebut.
Ummu Muhammad : Tetapi abang, kebanyakkan hospital pada zaman sekarang akan membalut lebih daripada bahagian yang patah. Kalau bahagian yang patah tersebut adalah tumit, yang dibalutnya adalah seluruh kaki tersebut.
Abu Muhammad : Iya tak ya juga .. hehe.. Maka jika keadaan sebegini , apa yang perlu bagi si pesakit tersebut adalah dengan bertayammum seperti yang diterangkan sebelum ini dan kemudian menyapu di atas kaki yang berbalut tersebut dengan air.
Ummu Muhammad : Oh begitu. Kemudian abang, bagaimana pula caranya untuk mandi wajib?
Abu Muhammad : Caranya juga mudah. Ambil air dan tuangkan di atas kepala . hehe.. Bergurau sahaja. Pesakit tersebut boleh memilih sama ada ingin mendahulukan mandi atau bertayammum. Afdhalnya( yang terbaik ) seperti yang diterangkan oleh para ulama ialah dengan mendahulukan tayammum bagi menggantikan tempat yang berbalut tadi. Kemudian mandi seperti biasa. Jika bahagian yang berbalut tersebut .
Ummu Muhammad : Boleh abang terangkan , adakah perlu bagi pesakit tersebut untuk mengulangi semula berwudhuk jika dia ingin menunaikan solat fardhu yang lain selepas itu?
Abu Muhammad : Bagus soalan ini. Jika si pesakit telah berwudhuk untuk menunaikan solat pada waktu zohor. Bilamana masuk waktu asar wudhuknya masih lagi kekal dan tidak batal. Maka apa yang perlu baginya ialah hanya bertayammum. Ini adalah pendapat yang muktamad di sisi al-Imam al-Nawawi rahimahullah. Ini bermaksud selagi mana dia tidak melakukan perkara yang membatalkan wudhuk maka setiap kali masuk waktu solat yang baru samada asar, maghrib atau isya’ , apa yang perlu dilakukan olehnya hanyalah bertayammum sahaja dan tidak perlu mengulangi wudhuknya. Tetapi jika wudhuknya telah batal, maka wajib baginya mengulangi sepertimana yang diterangkan sebelum ini.
Ummu Muhammad : Begitu caranya ye. Bagaimana pula dengan permasalahan qada’ bagi solat pesakit tersebut setelah dia sihat kelak? Adakah perlu baginya untuk menggantikan semula solatnya setelah dia sihat?
Abu Muhammad : Permasalahan ini agak terperinci. Perlu bagi sayang untuk memahaminya dengan baik.
Pertama : Perlu dilihat sama ada pembalut tersebut dibalut pada anggota tayammum atau tidak. Anggota tayammum adalah muka dan kedua tangan sampai ke siku. Jika bahagian balutan tersebut adalah pada anggota tayammum, maka wajib bagi pesakit tersebut untuk mengulangi atau menggantikan semula solatnya setelah sihat kelak.
Kedua: Jika pembalut tersebut bukan pada anggota tayammum iaitu selain daripada muka dan tapak tangan maka perlu diperhatikan sama ada yang berbalut tersebut adakah sekadar kawasan luka atau melebihi kawasan luka.
Jika kawasan yang berbalut tersebut hanya sekadar kawasan yang luka atau patah, maka wajib bagi pesakit tersebut untuk membasuh bahagian yang tidak berbalut dan bertayammum bagi menggantikan kawasan yang luka dan disunatkan bagi pesakit untuk menyapu di atas kawasan berbalut tersebut dengan tanah. Jika begini keadaannya , maka pesakit tersebut tidak perlu menggantikan atau mengulang semula solatnya setelah dia sihat kelak.
Manakala jika kawasan yang berbalut tersebut adalah melebihi kawasan yang luka atau patah, seperti keadaan yang berlaku kepada sahabat yang sayang ceritakan kepada abang, maka ada dua gambaran yang boleh kita berikan :
Pertama: Jika kawasan yang melebihi tersebut adalah sekadar untuk menguatkan pegangan balutan tersebut , dan sebelum diletakkan balutan tadi pesakit telah bersuci iaitu dengan berwudhuk, maka di dalam keadaan ini pesakit tersebut tidak perlu untuk mengulang atau menggantikan semula solatnya setelah dia sihat kelak. Tetapi jika diletakkan balutan tersebut dalam keadaan pesakit tadi tidak berwudhuk terlebih dahulu maka wajib baginya untuk mengulangi atau menggantikan semula solatnya setelah dia sihat kelak.
Kedua : Jika kawasan balutan itu melebihi kadarnya , contohnya seperti bahagian yang patah hanyalah ibu jari kaki, manakala yang dibalut dengan simen adalah sampai ke betisnya. Maka ini dikira melebihi kadar yang sepatutnya. Jika begini keadaannya, maka pesakit tersebut wajib mengulangi atau menggantikan semula solatnya selepas sihat kelak sama ada simen tersebut diletakkan setelah dia berwudhuk atau tidak.
Namun, abang lebih suka untuk mengambil pandangan al-Imam al-Nawawi rahimahullah yang mana beliau juga mengambil pandangan al-Imam al-Muzani rahimahullah yang mengatakan bahawa orang yang dibalut anggotanya tidak perlu untuk mengulangi semula solatnya walau bagaimana keadaan sekalipun pesakit tersebut.
Ummu Muhammad : MasyaAllah, mudahnya Islam kan bang?
Abu Muhammad : Ya, Islam itu mudah sekali untuk diamalkan, namun yang sukarnya adalah bagi mengeluarkan hukum yang terdapat di dalamnya. Oleh sebab itulah kita perlu berpegang dengan pandangan para ulama yang memahami bagaimana cara mengeluarkan hukum daripada nasnya.
Ummu Muhammad : A’a bang, ramai sangat zaman sekarang nie yang menyalahgunakan istilah “ Islam itu mudah” dengan mengatakan bahawa mengeluarkan hukum di dalam Islam juga mudah. Sedangkan maksud sebenar Islam itu mudah ialah mudah untuk diamalkan kerana wujudnya para ulama ummah yang bertungkus lumus memahamkan ummah hukum hakam agama. Semoga ilmu abang akan semakin bertambah dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb.
Abu Muhammad : Amin Ya Rabb. Jaga diri baik-baik sayangku. Assalamualaikum.
Ummu Muhammad : Waalaikumussalam abang.
p/s: Dialog di atas tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati. Sekadar untuk memudahkan kefahaman kita bersama...
70 WANITA TERBILANG ZAMAN RASULULLAH S.A.W
NUSAIBAH BINTI KA'AB AL-ANSARIYAH R.A.
1. Berlumba-lumba Untuk Mendapat Kemuliaan
Sesungguhnya golongan para sahabat wanita tidak pernah ketinggalan dari kebaikan dan nilai-nilai kemuliaan bagi golongan para sahabat lelaki, tetapi mereka berlumba-lumba untuk mencapainya bahkan mereka menyaingi golongan sahabat lelaki dalam penyertaan berjihad.
Nusaibah binti Ka'ab bin Amr bin Auf bin Mabzul Al-Ansariyah Al-Kazrijah An-Najjariyah Al-Maziniyyah, yang sering dipanggil dengan gelaran Ummu Imarah adalah salah seorang golongan sahabat wanita yang terkenal pada zaman pemerintahan Islam, yang telah mati syahid di medan jihad, ilmu, ibadah, warak dan keimanan.
2. Keluarga Yang Mulia
Ummu Imarah atau Nusaibah r.a. hidup dan membesar dalam lingkungan keluarga yang dikenali dengan tahap kemuliaan. Keluarganya berasal dari golongan keluarga yang sangat mulia, yang sentiasa berkhidmat untuk Islam dan Muslimin sesuai dengan kemampuan mereka. Di antara keluarga ini ada seorang pejuang wanita Ansar, iaitu Ummu Imarah r.a.
Saudara kandungnya yang bernama Abdullah bin Ka'ab Al-Maziniy termasuk di antara sahabatyang ikut serta dalam perang Badar. Saudara lain yang bernama Abdurrahman dianggap salah seorang sahabat yang termasuk dalam golongan Al-Bukkain (yang sentiasa menangis).
Suaminya yang bernama Zaid bin Ashim termasuk dalam golongan awal yang memeluk Islam dan kedua-dua orang puteranya yang bernama Habib dan Abdullah adalah sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka merupakan pasukan berkuda keluaran Madrasah Al-Nubuwahi. Mereka telah menghiasi sejarah dengan segala amalan mereka yang mulia.
Ketika suaminya meninggal dunia, dia menikah lagi dengan Ghaziyyahbin Amrin bin Athiyyah An-Najjari. Daripada suami yang kedua ini dia memiliki dua orang anak yang bernama Tamim dan Khaulah. Keluarga yang penuh dengan kebahagiaan ini termasuk dalam golongan orang-orang yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan Islam. Mereka sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam dan berkorban demi agama Islam.
3. Seorang Sahabat Wanita Yang Mujahidah
Setiap orang dari pejuang muslim memiliki kedudukan yang dapat dikenali. Kedudukan ini adalah suatu kemuliaan yang dapat dibanggakan daripada sejarah kehidupannya yang akan diceritakan oleh orang lain sesudah kematiannya.
Tidak ada satu pun sejarah yang lebih mengharukan hati dan jiwa daripada sejarah dan kedudukan Ummu Imarah (Nusaibah) yang telah melalui banyak peperangan dalam hidupnya dalam menegakkan agama Allah s.w.t. Beliau adalah pejuang muslimah pertama dalam Islam.
Imam Al-Zahabi pernah berkata : "Ummu Imarah yang mulia adalah seorang mujahidah, turut serta menyaksikan Bai'at Al-Aqabah, perang Uhud, perang Al-Hudaibiyah, perang Hunain dan perang Yamamah. Masyhad (peristiwa) pertama yang dapat kita lihat sikap patriotisma ini adalah dalam Bai'at Al-Aqabah yang juga diikuti oleh seorang perempuan lain yang bernama Asma binti Amrin atau Ummu Mani'.
Ketika perang Uhud terjadi, Ummu Imarah keluar untuk memberikan minuman kepada pasukan muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang terluka. Tatkala pasukan muslimin mula terdesak dalam perang tersebut setelah menguasai sebelumnya dan lari daripada peperangan, kecuali hanya beberapa orang sahaja yang tetap bertahan, maka Ummu Imarah menghunus pedangnya dan menggunakan perisai (alat pelindung sewaktu perang) serta melindingi Rasulullah s.a.w. daripada jangkauan musuh.
Ummu Imarah selalu berusaha untuk melindungi Rasulullah s.a.w. ketika perang Uhud daripada segala bahaya yang datang daripada musuh. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Saya tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali aku melihat Ummu Imarah berperang di hadapanku." (Segala puji bagi Allah yang memenangkanmu).
Peranh Uhud masih berlanjutan, keluarga mujahidah mengelilingi Rasulullah s.a.w. untuk melindinginya. Ketika salah seorang anaknya yang bernama Abdullah terluka parah, Ummu Imarah mengikat luka tersebut sambil berkata : "Bangun wahai anakku! Anaknya terus melawan para kaum musyrikin." Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Wahai Ummu Imarah! Siapakah yang mampu lakukan seperti apa yang telah kamu lakukan?"
Ketika kaum musyrik yang melukai anaknya semakin dekat, Rasulullah s.a.w. berkata kepada Ummu Imarah : "Ini dia orang yang telah melukai anakmu", seketika itu juga Ummu Imarah menghampiri orang tersebut dan berjaya melukai betis orang tersebut dengan pedangnya. Rasulullah s.a.w. tersenyum sambil berkata : "Ya Ummu Imarah! Engkau telah berjaya membalasnya."
Kemudian Ummu Imarah bersama yang lain berjaya membunuh orang musyrik tersebut. Rasulullah .s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Segala puji bagi Allah yang telah memenangkanmu dan menggembirakan hatimu daripada musuhmu serta memperlihatkan balas dendammu di hadapanmu."
4. Para Penghuni Syurga
Ummu Imarah mengalami luka yang sangat banyak ketika perang Uhud. Luka yang paling dalam terdapat di bahunya. Rasulullah s.a.w. memeriksa luka Ummu Imarah dan memerintahkan anaknya yang bernama Abdullah supaya mengikat luka tersebut sambil bersabda yang bermaksud : "Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberkati dan merahmati kamu sekalian."
Ketika Ummu Imarah mendengar sabda tersebut, dia pun berkata : "Ya Rasulullah! Mohonlah kepada Allah agar kami boleh menemanimu di syurga nanti." Rasulullah s.a.w. berdoa yang bermaksud : "Ya Allah! Jadikanlah mereka semua yang menemaniku dalam syurga kelak." Lantas Ummu Imarah berkata : "Aku tidak pernah mengeluh setiap musibah yang menimpa diriku di dunia."
5. Selalu Menyertai Peperangan
Ummu Imarah ikut serta dalam perang Bani Khuraizhah. Ketika perang Al-Hudaibiyah, Ummu Imarah telah mengasah pisau kerana bimbang kaum musyrikin mengingkari perjanjian. Dia turut serta dibai'atkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam Bai'at Ar-Ridhwan. Dia termasuk golongan sahabat yang mendapat keredaan Allah s.w.t.
Sesudah itu, Ummu Imarah turut dalam perang Khaibar, Umrah Al-Qadha (pengganti) dan perang Hunain. Dalam perang Hunain dia memiliki manqif (kedudukan) yang tidak kurang pentingnya daripada perang Uhud. Dia termasuk salah seorang daripada seratus orang sahabat yang sabr dan tabah, ketika yang lain mula was-was dengan kekuatan muslimin dan dia juga berjaya membunuh salah seorang daripada pasukan berkuda orang musyrikin.
Perang terakhir yamg diikuti oleh Ummu Imarah adalah perang Yamamah untuk memerangi orang-orang murtad yang diketuai oleh Musailamah Al-Kazzab pada zaman Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq. Beliau berperang dengan gigih, meskipun salah satu tangannya terputus, kerana keinginannya yang kuat untuk menghancurkan musuh-musuh Allah s.w.t. sebagai ungkapan terima kasih dengan berakhirnya fitnah tersebut.
Ketika mujahidah agung ini kembali ke bandar Madinah, salah satu anggota badan (tangan) telah mendahuluinya memberikan khabar gembira tentang syurga dan dia tetap mendapat kedudukan yang mulia selama zaman khalifah Ar-Rasyidah. Khalifah Abu Bakar sentiasa menziarahinya dan bertanya tentang keadaannya. Sementara itu, Umar memberinya pakaian yang bagus disebabkan kedudukan Ummu Imarah yang mulia dan termasuk di antara yang paling awal memeluk Islam.
Alngkah baiknya Abu Nu'aim ketika dia menerangkan tentang Ummu Imarah dengan ucapannya : :Ummu Imarah adalah salah seorang yang turut berbai'at di Aqabah, seorang mujahidah dan merupakan seorang yang memiliki kemuliaan, ijtihad, puasa, ibadah dan pendirian yang kukuh."
6. Memahami Kandungan Al-Quran dan Hadis
Ummu Imarah juga menunjukkan kelebihan dalam memahami Al-Quran sebagaimana dia menunjukkan kelebihan semasa berjihad. Suatu ketika dia datang menghadap Rasulullah s.a.w. sambil berkata : "Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat kaum wanita disebut dalam Al-Quran sebagaimana halnya kaum lelaki." Lalu turunlah firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Sesungguhnya lelaki muslim dan perempuan-perempuan muslimah, lelaki yang mukmin dan perempuan-perempuan yang mukminah...."
Ummu Imarah telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah s.a.w. dan diriwayatkan daripada cucunya Abad bin Tamim, Al-Harith bin Abdillah bin Ka'ab dan Ikrimah hamba sahaya Abdullah bin Abbas. Di antara hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Imarah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkunjung ke rumahnya. Ummu Imarah menyediakan makanan untuk Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w. mempelawanya untuk makan bersama, dia menjawab : "Ya Rasulullah! Aku berpuasa." Rasulullah s.a.w. pun bersabda yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang yang berpuasa itu ketika orang makan di sekelilingnya, maka malaikat akan solat ke atasnya hingga mereka selesai makan."
Kunjungan Rasulullah s.a.w. ke rumah Ummu Imarah menunjukkan dia termasuk golongan orang yang mulia dan juga bukti karamahnya, ibadahnya, zuhudnya kerana dia sentiasa puasa sunat.
7. Karamah Ummu Imarah
Ummu Imarah memiliki sejumlah karamah yang patut untuk disebutkan. Di antaranya adalah usahanya untuk bertabarruk dengan peninggalan Rasulullah s.a.w. Ketika Rasulullah s.a.w. mencukur rambutnya di Al-Hudaibiyah, para sahabat berusaha untuk mendapat rambut tersebut. Ummu Imarah , mengambil beberapa helai rambut tersebut. Biasanya rambut tersebut dicuci dengan menggunakan air yang akan digunakan si pesakit untuk mandi dan meminumkannya dengan air tersebut. Dengan izin Allah s.w.t. si pesakit akan sembuh.
Ketika salah satu tangannya terputus pada waktu perang Yamamah, tangan yang selalu digunakannya untuk melindingi Rasulullah s.a.w., ramai orang yang datang bersama keluarga mereka yang sakit untuk berubat dengannya. Ummu Imarah akan mengusap si pesakit tersebut sambil berdoa untuknya. Dengan izin Allah, si pesakit tersebut akan sembuh.
8. Allah Reda Dengan Kematiannya
Kita telah hidup beberapa saat bersama seorang sahabat yang memiliki sejarah kehidupan yang sangat mengharukan. Beliau adalah seorang ibu bagi anak-anaknya, seorang isteri yang penuh kasih sayang, seorang mujahidah mulia, seorang ahli hadis dan seorang yang selalu meningkatkan tahap keimanannya. Seseorang akan membaca sejarah hidup Ummu Imarah apabila membaca sejarah golongan para sahabat wanita yang lain. Dia akan mendapt kisah tentang penyertaanya dalam Bai'at Al-Aqabah dan Al-Hudaibiyah. Dia telah mula dan menutup kehidupannya dengan menjawab panggilan Ilahi sehingga kematiannya. Dia telah meninggalkan sejarah hidup yang patut untuk dicontohi oleh setiap wanita yang ingin mencapai kemuliaan dalam hidup.
Di akhir cerita sejarah kehidupan Ummu Imarah bersama keluarganya, marilah kita berdoa semoga Allah s.w.t. menjadikan kita sebagai kawan bagi mereka di syurga kelak. Selamat jalan wahai sahabat yang mulia.
Saturday, February 12, 2011
Kisah Sumaiyah Binti Khaiyat
Berdasarkan sejarah Islam, Syuhada' pertama penganut Islam ialah seorang wanita iaitu Sumaiyah binti Khaiyat yang merupakan isteri kepada Yasir bin Amin Al-Ansi dan juga ibu kepada Muammar bin Yasir.
Sumaiyah bin Khaiyat adalah hamba perempuan Abu Huzaifah bin al-Mughirah Abdullah bin Umar al-Ansi. Beliau dikahwinkan dengan Yasir bin Amin Al-Ansi seorang pendatang dari Yaman yang mengikat janji setia dengan Huzaifah. Mereka dikurniakan anak lelaki bernama Ammar. Yasir juga dikenali sebagai Abu Ammar.
Sumaiyah dimerdekakan pada hari perkahwinannya dan tinggal bersama Huzaifah dibawah naungan Bani Makhzum.
Keluarga Yasir adalah di antara keluarga yang terawal memeluk Islam di Makkah ketika seruan dakwah baru sahaja di bawa oleh Rasulullah SAW. Mereka terpaksa menempuh penderitaan dan penyiksaan dari golongan musyrikin Makkah.
Bani Makhzum yang masih belum memeluk Islam ketika itu sangat marah apabila mengetahui keluarga Yasir memeluk Islam. Keluarga Yasir pun diseksa dengan pelbagai jenis seksaaan supaya mereka kembali kepada agama asal nenek moyang mereka yang menyembah berhala. Sumaiyah, Yasir dan Ammar telah di heret ke padang pasir dan dijemur dibawah pancaran matahari yang amat panas, mereka dipukul dan tidak diberi makan dan minum. Kaki dan tangan mereka diikat dengan rantai.
Pada suatu hari Rasulullah SAW lalu di tempat keluarga Yasir disiksa. Rasulullah SAW berkata " Bersabarlah, wahai keluarga Yasir. Balasan untuk kamu adalah Syurga".Kata-kata Rasulullah SAW itu telah menenagkan hati dan jiwa raga mereka, Iman mereka jadi bertambah teguh walaupun mereka disiksa dengan kejam dan zalim oleh Musyrikin dari Bani Makhzum.
Pada suatu hari datanglah Abu Jahal ke tempat penyeksaan tersebut sambil menghina dan mencerca sumaiyah dan turut sama menyeksa Sumaiyah. Abu Jahal memaksa Sumaiyah supaya meninggalkan Islam. Tetapi mereka menolaknya dan tetap beriman dengan Allah SWT dan tidak sekali-kali akan meninggalkan Islam. Sumaiyah diikat di antara dua ekor unta.
Abu Jahal sangat marah dengan Sikap Sumaiyyah yang tidak mahu tunduk dengan kemahuannya dan musyrikin Makkah. Abu Jahal pun mengambil lembing lalu menusukkan lembing tersebut di dada Sumaiyyah. Sumaiyyah pun gugurlah sebagai Syahid Pertama di bumi Makkah. Suaminya Yasir juga turut Syahid kemudiannya.
Nama Sumaiyah binti Khaiyat tercatat dalam sejarah Islam sebagai Syahid pertama umat Islam yang mati kerana mempertahankan aqidah dan keimanannya kepada Allah SWT. Setelah Sumaiyyah dan Yasir gugur sebagai syuhada', Ammar pula dipaksa menyebut nama-nama berhala kaum musyrikin. Dalam keadaan terpaksa, Ammar terpaksa menuruti kehendak kaum musyrikin dengan menyebut nama-nama berhala.
Ammar hanya menyebut dilidah semata-mata tetapi dihatinya terus memuji Allah SWT. Dalam keadaan darurat ini Ammar terpaksa memilih antara rukshah dan azimah. Musyrikin Makkah pun melepaskan Ammar kerana disangkanya sudah mengikut kehendak mereka.Selepas dilepaskan dari seksaan Ammar pun menemui Rasulullah SAW menceritakan perbuatannya tadi. Rasulullah SAW bertanya bagaimana dengan hatimu? jawab Ammar saya tetap beriman dengan Allah. Rasulullah SAW membenarkan tindakan Ammar tersebut yang memilih rukshah.
wallahua'lam...
Subscribe to:
Posts (Atom)
